Welcome

Saturday, September 24, 2011

Welcome Newbie 4

Perkembangan yang baik apabila kami menerima kedatangan seorang lagi ahli baru yang ingin berkongsi minat dan masa dalam aktiviti berbasikal disini.Beliau ialah saudara Najib dan bekerja sepenuh masa dengan salah satu operator telekomunikasi disini. Ahlan wasahlan...

Kayuhan ini disertai seramai 4 orang sahaja manakala dua orang lagi newbie masi lagi malu2 untuk berkecimpung dalam aktiviti ini..hehehe..rilex take your time...Route yang dipilih seperti biasa untuk pendatang baru tidak banyak climbing dan lebih kepada kayuhan mendatar.Hanya sedikit pendakian yang tidak dapat dielakkan jika melayani trail ini dan diakhir kayuhan melalui jalan tarmac.
Cuaca juga sudah semakin menunjukkan sedikit perubahan..pokok2 pun dah start menghijau seperti ditempat port utama kami ini.Tak sabar rasanya untuk berbasikal  ketika winter time tentu lebih cool dan jarak kayuhan mungkin lebih jauh sedikit dari biasa.
Gambar sekitar kayuhan...




Gambar seterusnya permandangan dari sebuah bukit kecil yang menyediakan satu trail yang baik untuk aksi downhill.Apa lagi aku layan la..hehehe




Trail terakhir menggunakan laluan tarmac bagi menunaikan permintaan kawan2 yang mengharapkan kayuhan sambil santai sebelum menuju pitt stop...

Syabas diucapkan kepada sedara Najib kita kerana berjaya menghabiskan kayuhan tanpa sebarang halangan.Keletihan dalam setiap kayuhan pertama adalah normal bagi sesiapa yang baru mencuba aktiviti ini setelah sekian lama bersantai sahaja hehee..
See you next trail.Ride to see the nature.

Saturday, September 17, 2011

Al Amerat Ride

Selepas menyambut Eid Fitri baru kali ini aku berkesempatan untuk regroup dengan member2 MTB kat sini.Makin bertambah meriah nampak dengan kehadiran muka2 baru.Cuaca panas pun dah semakin berkurangan dan petanda baik untuk semua rider untuk kayuhan2 akan datang.Pada kayuhan ini lebih kurang 19 rider mengambil bahagian.
Permulaan 5Km yang pertama amat menyeksakan setelah lebih sebulan meninggalkan aktiviti berbasikal di trail.Tetapi kayuhan seterusnya terasa makin ok sedikit mungkin proses2 pengenduran urat2 yang dah lama tegang dengan banyak aktiviti2 makan tidur kata orang dimasa Ramadhan..hehehe..Nasib baik juga kayuhan ini di kemudikan oleh Mr Bob yang agak veteran jadi taklah banyak speeding sangat sesuai untuk kayuhan pertama aku.
Gambar yang sempat dirakamkan sekitar trail.



Ingat aku sorang saja yang letih rupa2nya sahabat kita nie pun senasib juga..beliau merupakan rider tempatan yang semakin aktif  dalam aktiviti berbasikal ini..tahniah..mungkin lebih ramai lagi rider tempatan akan muncul dan memeriahkan aktiviti MTB ini..
Selepas lebih kurang 3Km ke tempat parking kereta maka kami telah berpecah kepada dua kumpulan rider.Satu kumpulan lagi masih mahu meneruskan beberapa km lagi kayuhan tambahan manakala aku dan satu kumpulan lagi teruskan kayuhan pulang.

Gambar atas pit stop terakhir sebelum kami berpecah.Bagi aku cukuplah setakat kayuhan permulaan selepas berehat panjang.
See you next trail.Ride to see the nature.