Welcome

Wednesday, June 29, 2011

Welcome Newbie 3

Sempena cuti umum Israk dan Mikraj harini kami telah mengadakan satu sessi kayuhan salam perkenalan kepada sahabat kita yang masih belum merasai kenikmatan kayuhan basikal ditengah bukit batu ini...Pengalaman berkayuh disini sebenarnya boleh dijadikan satu kenangan suatu masa nanti.
Berbekalkan basikal yang disediakan oleh kawan2 maka 2 orang sahabat kita telah menyahut cabaran iaitu saudara Nik Noor dan Mohd Rafain.
Bagi sedara Rafain kita yang tidak pernah berbasikal selepas lebih dari 20 tahun maka amat perit jugalah pada sessi kayuhan ini...hehehe..Walau bagaimanapun syabas diucapkan kepada mereka kerana berani untuk mencuba sesuatu yang baru.
Gambar sekitar kayuhan ini...
Banjaran yang berjaya ditawan...walaupun penat tahap gaban tapi best...haha kira ok la tu...
Keseluruhan misi kali ini berjaya ditamatkan dengan membuat satu loop kecil.Bagi sahabat kita yang baru mencuba terasa peritlah kayuhan ini maklumlah ia juga memerlukan stamina yang kuat.Semoga kayuhan ini menjadi kayuhan pemberi semangat untuk mereka berdua terus untuk meramaikan ahli MTB disini terutamanya dari tanahair.
Sedikit sketsa sebagai pembakar semangat..hehee
Hahaha...jangan putus asa...
See you next trail.Ride to see the nature.

Saturday, June 25, 2011

Al Berein Ride

Kayuhan ini merupakan regroup pertama selepas bercuti dengan kawan2 dari tanahair.Bila lama tak berkayuh maka al maklumlah sesak nafas juga dibuatnya.Member yang lain pun sama juga asyik layan tidur saja malas nak keluar buat kayuhan maintain stamina.Jadi kayuhan kali ini adalah seperti mahu kendurkan semula urat2 yang tegang selepas berehat panjang.
Trail disini lebih kurang sama juga dengan trail2 yang lain iaitu gabungan bukit dan wadi sepanjang perjalanan.Pembangunan juga semakin menghimpit kerana terdapatnya pembinaan lebuh raya baru yang menghubungkan pekan ini dengan Pusat bandar.
Bila lama tak berkayuh maka aksi2 sebenar terserlah lah hehehee...mangsa pertama...
Seterusnya...
Maka banyaklah pitt stop sepanjang kayuhan ini..bekalan air pun kira melepasi minimum level bila sampai balik ketempat permulaan kayuhan.Jika tersilap arah kena buat catuan airlah nampak gayanya hehehe..
Gambar sekitar trail...
Jarak kayuhan kali ini tak lah sejauh mana tetapi masa yang diambil agak lama juga iaitu lebih dari satu setengah jam  akibat banyak perhentian atas permintaan kawan2 heheee....Inilah hakikatnya bila lama tak berkayuh stamina akan menurun dan jelas terbukti.Minggu seterusnya mungkin kami akan kembali mengulangi trail ini untuk mencapai sasaran sebenarnya.
See you next trail.Ride to see the nature.

Tuesday, June 21, 2011

Fishing Trip With TGHA

Setibanya disini aku dikejutkan dengan kehadiran seorang tokoh politik yang terkenal di tanah air kita.Rakan disini telah mencadangkan kepada aku untuk membuat preparation trip memancing kerana akulah satu2nya kaki pancing tegar yang tinggal hehehee..Seperti yang kita semua maklum TGHA memang gemar dengan aktiviti2 outdoor.Jadi terpaksalah aku buka kembali kotak2 lama mencari mata pancing dan rod yang masih ada tinggalan kawan2 dulu.Banyak rod yang dah rosak tapi boleh pakailah untuk pancingan riadah nie.
Sebelum tu membawa TGHA melawat kedai pancing sekitar Oman ini kerana tidak sah kaki pancing tidak melawat kedainya sekali.

Lokasi tempat memancing ialah Qantap dan menjadi pilihan bagi kami kerana ia terdapat  sebuah pulau batu kecil yang mendatar.Tempat ini kami gelarkan Pulau Malaysia di Oman nie...
Sebaik sahaja mendarat TGHA terus membuat perambutnya tersendiri tanpa membuang masa begitulah pemancing yang berpengalaman.
Asyik sekali melayan joran yang baru aku beli dan mesinnya dibeli oleh TGHA untuk dibawa pulang sebagai ole2 katanya hehe...Sebenarnya semasa kami memancing nie air laut tengah surut dan bukan merupakan masa yang terbaik untuk memancing jadi hanya tiga ekor ikan sahaja berjaya dinaikkan.Selalunya kami memancing ketika air laut tengah pasang dimana banyak spesis ikan mula bergerak dan hasilnya agak lumayan jugalah..
Sepesis kerapu pertama berjaya aku naikkan..
TGHA juga berjaya menaikkan seekor ikan spesis buntal...
Sekitar aktiviti memancing..
Walaupun hasilnya kurang tapi beliau gembira kerana tercapai hasrat untuk menduga lautan Oman ini.Lagipun masa yang terhad iaitu lebih kurang 2 jam sahaja kami disini kerana malamnya ada majlis tazkirah dan makan malam yang disediakan oleh rakan kita dari Malaysia.
Dengan ini pulau batu kami dengan rasminya telah diresmikan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan akan menjadi satu sejarah buat kawan2 yang pernah memancing disini.