Welcome

Friday, April 22, 2011

Leisure Cycling

Aktiviti kali ini lebih kepada kayuhan santai meraikan kedatangan isteri sahabat kita iaitu Cik Zul.Trail yang dilalui puratanya mendatar dan lebih rilex saja corak kayuhan.Terdapat juga tempat2 yang berbatu kecil dimana kayuhan amat meletihkan seperti berkayuh diatas pasir.
Lokasi kayuhan bersekitaran MTB Track 2 dan dikawasan inipun tidak banyak sangat DH.
Sambil berkayuh sambil berfoto lumrah bagi setiap sessi MTB hehehe...Layan gambar sekitar kayuhan kami.

Berehat sebentar sambil melihat pemandangan dari atas bukit..cycling and hiking..hehehe
Seterusnya meneruskan kayuhan merentasi wadi dan kawasan bersekitaran...
Skuad kambing tahan lasak sedang keluar mencari makanan..hehehe..ikut pandangan mata kasar memang sangat sukar untuk mencari rumput...
Sempat layan DH sambil menunggu sahabat kita...banyak sangat pitt stop mereka untuk aksi bergambar sekitar trail...hehehe....
Bila masuk saja jalan tarmac terus tersenyum lebar isteri sahabat kita...hahaha..bagi mereka yang pertama kali berkayuh dikawasan ini memang meletihkan..permukaan batu yang tidak rata lebih banyak gegaran semasa kayuhan....

Walaupun jarak kayuhan lebih kurang 15km lebih sahaja tetapi sudah cukup untuk memberikan kepuasan dalam kayuhan...
See you next trail.Ride to see the nature.

Thursday, April 14, 2011

Wadi Mayh Ride

Aktiviti kayuhan kali ini menyusuri sebuah wadi untuk kesebuah kampung yang dikenali sebagai Wadi Mayh.Ini merupakan kali kedua aku berkayuh disini dan pada kali ini kami mengambil keputusan untuk melawat kebun kurma dan kebun sayur penduduk tempatan.Trail yang dilalui adalah off road dan landai tapi jalannya tidak rata dan berbonggol2 amat tidak selesa sekali bagi hard tail bike.
Berada di starting point seawal jam 6.30 pagi kerana cuaca semakin panas sekarang.Lagi lambat bergerak jawabnya jadi BBQ hehehe.
Check point pada kampung yang pertama.Banyak sedut habuk semasa dalam perjalanan sebab lori lalu lalang.Ada yang sporting ada yang laju semacam ja..
Pemandangan lokasi target dari jauh dan layan gambar2 sekitar kampung tersebut.
Sempat layan DH hehehe..sebelum masuk melawat kebun.
Bergambar kenangan dengan Mat Bangla hehe katanya dari Chittagong satu bandar yang pernah aku sampai dahulu.Penjaga setia kebun ini.speaking Arab lagi tu..satu bangsa yang bertuah senang menguasai bahasa dimana saja mereka berada...aku kat sini pun tak reti2 lagi...
Berakhirnya siri jelajah masuk kampung kali ini.Tunggu musim kurma masak pula untung2 dapat bawa pulang sorang sekilo.Ikutkan masa masih awal lagi tetapi memandangkan cuaca semakin panas buat keputusan pulang awal.Pukul 8.00 pagi dah terasa macam pukul 12 tengahari kat Malaysia.
See you next trail.Ride to see the nature.

Monday, April 11, 2011

Amerat Ride

Kayuhan seterusnya adalah suatu kawasan pergunungan dan melalui beberapa wadi(sungai) yang berfungsi semasa musim hujan sahaja.Apa yang menarik disini trail yang bakal dilalui adalah ikut suka saja mana arah nak tuju.Maklumlah sayup mata memandang sepanjang perjalanan jadi jangan bimbang anda akan sesat.
Seperti biasa 3 orang rider yang akan terlibat mana2 siri jelajah seterusnya hehehe...
Aksi sekitar kayuhan..
Beri laluan pada kumpulan unta,akibat cuaca semakin panas kebanyakan pokok dan rumput telah bertukar kepada warna perang...
Laluan merentasi wadi...
Mencari arah destinasi seterusnya..
Masing2 pakat letih,sessi bergambar untuk FB masing2 pulak menggunakan Blackberry..hehehe

Gambar semasa kayuhan pulang tak sempat nak dirakam,camera habis kodak hahaha...Menggunakan jalan tarmac sahaja sebagai jalan pintas melihat kepada kepenatan masing2.
See you next trail.Ride to see the nature.