Welcome

Thursday, February 23, 2012

North Al Amerat Ride

Kayuhan kali ini seramai 5 orang rider sahaja.Cuaca yang agak berawan memberikan kami naungan daripada sinaran matahari yang melampau sejak akhir2 ini.Terdapat beberapa bahagian kawasan ini diliputi mendung gelap seolah2 akan berlaku hujan tetapi perlu di ingat disini amat sukar sekali menerima kehadiran hujan.

Kayuhan ini adalah bersekitaran dengan Al Amerat juga tapi kali ini kami mengambil pendekatan dengan meneroka laluan baru secara lawan jam.Trail yang diikuti ialah laluan pick up penduduk tempatan yang menggunakannya untuk memantau binatang ternakan mereka iaitu unta dan kambing yang sentiasa berkeliaran dikawasan tersebut.
Seperti biasa laluan yang di lalui adalah tidak begitu sukar kerana kami banyak menggunakan laluan yang telah tersedia dan hanya melalui beberapa singgle track sebagai membuat jalan pintasan.Sepanjang laluan juga kami menikmati laluan roller coaster yang menarik kepada penggemar downhill dan ini cukup memberikan kepuasan.
Layan gambar sekitar trail.




Seterusnya bertemu dengan satu view yang amat teruja sekali.Membuat kayuhan downhill dan seterusnya aksi bergambarlah hihihi....





Seterusnya melalui satu banjaran yang agak mendatar sambil melihat laluan off road untuk diikuti daripada atas puncak.Sememangnya adalah tidak beberapa sukar untuk mencari sesuatu trail disini cuma anda hanya perlu tahu arah permulaan kayuhan dan menggunakan banjaran gunung yang tinggi sebagai panduan.
Lagi gambar sebelum membuat loop untuk kayuhan pulang pada trip kali ini.





Rata2 kami berpuas hati kayuhan kali ini.Berbaloi juga usaha kami bagi mencari laluan alternatif yang baru dimana laluan sebelum ini adalah secara mengikut jam dan loop yang dibuat selalu terhalang dengan laluan wadi dimana banyak menuntun basikal akibat wadi yang berbatu2.Walau bagaimanapun wadi yang kami lalui kali ini lebih banyak berpasir halus dan anda boleh mengayuh dengan menggunakan gear yang sesuai.
See you next trail.Ride to see the nature.

Sunday, February 19, 2012

Tour Of Oman 2012

Sedikit perkembangan daripada kejohanan ini yang dapat aku ikuti...sememangnya menarik sekali melihat juara2 dunia beraksi.Kejohanan kali ini boleh dikatakan berlangsung dalam cuaca yang agak sedikit panas kerana musim dingin tinggal dipenghujungnya.Cuma pada sebelah petangnya masih berangin sejuk dan ini amat baik kepada pelumba2.
Gambar ini adalah pada stage ke3 dan berkebetulan pada hari cuti jadi sempatlah melayan.
Lagi gambar dibawah









Bagi stage kelima anda boleh lihat link dibawah.
Jika berkesempatan  boleh aku updatekan untuk stage yang terakhir nanti.
See you next trail.Ride to see the nature.

Friday, February 10, 2012

Picnic + Cycling = Picling

Selepas beberapa lama dirancang oleh pengayuh tegar disini maka pada hari ini telah menjadi satu kenyataan buat kami sebagai pelopor Malaysians Mountain bikers di bumi Oman.Kami telah mengundang beberapa kenalan yang sama2 bekerja disini bagi memeriahkan aktiviti kali ini dengan gabungan picnic dan cycling.Konsep picnic dikawasan berbukit ini samalah seperti berpicnic di pantai tetapi disini kami menyediakan satu aktiviti khas iaitu sambil berbasikal.
Lokasi yang dipilih ialah MTB Race Track yang merupakan satu trail yang menarik dan serba lengkap iaitu uphill,downhill,single track,wadi crossing,offroad dan sedikit laluan yang berpasir.
Syabas diucapkan kepada rakan2 mtb disini yang bersusah payah menyediakan peralatan bagi melancarkan picling kali ini juga terimakasih kami kepada jemputan yang hadhir bagi memeriahkan suasana.
Tanpa ulasan panjang gambar dibawah sebagai kejayaan program sulong kami disini..







Selepas acara utama iatu makan makan pagi maka sesiapa yang ingin mencuba berbasikal disini telah diberi peluang.Seperti biasa sedikit taklimat diberikan bagi rider2 yang ingin mencuba mtb ini dari segi kawalan,penggunaan gear pada basikal dan aspek keselamatan walaupun kekurangan peralatan.
Gambar sekitar kayuhan..









Kaum ibu tak melepaskan peluang berbasikal diketuai oleh isteri Cik Zul kita.Keseluruhan aktiviti berbasikal ini dikuasai oleh peserta wanita dimana nampak lebih cergas dari peserta lelaki.hahahaa...mungkin penat melayan golf agaknya.
Bergambar kenangan sebelum menamatkan acara picling kali ini.


Rumusan yang dapat diberi aktiviti picling kali ini berjaya mencapai sasaran kami.Jika berkesempatan mungkin akan diadakan lagi dengan mengharapkan kehadiran yang lebih ramai lagi muka2 baru dalam aktiviti berbasikal ini.
See you next trail.Ride to see the nature.

Monday, February 6, 2012

Trans Hajar MTB Race 2012

Pada tahun ini terdapat sedikit peningkatan dalam penyertaan TH MTB Race kerana masa yang agak panjang untuk membuat pengiklanan.Tidak seperti tahun lepas dimana lebih kurang tak sampai 3 bulan sahaja di iklankan.
Pertandingan yang berlangsung selama 4 hari ini dikuasai peserta dari Spain walaupun johan keseluruhan dapat kepada peserta dari Holland.
Kebanyakan peserta adalah mereka yang bekerja di UAE,Qatar dan Kuwait yang sanggup berkampung disekitar trek pertandingan ini.Segala kemudahan seperti tandas bergerak telah disediakan oleh pihak penganjur jadi tidak perlulah menginap di Hotel yang akan mengambil sedikit masa untuk kesini.Aku hanya sebagai tukang sorak saja tak mampu rasanya nak lawan kudrat mereka.Dirty Dozen race pun dah termengah2 juga racer kami hanya mampu berada pada tempat ke 7 sahaja walaupun ia antara yang terkuat dalam saingan kami disini.
Gambar sekitar hari terakhir pertandingan...










Jarak kayuhan pada hari terakhir ini lebih kurang 59km sahaja dengan gabungan wadi dan Uphill yang agak tinggi dan memang menguji kemampuan peserta.Terdapat juga kemalangan kecil dimana aku dapat melihat rider yang mengalami kecederaan mungkin semasa mengambil downhill..Seperti motto disini " No soft landing"...hehehe..para rider mesti mengambil sikap berhati2.
Lebih kurang 2 jam 20 minit juga masa yang diambil untuk peserta yang pertama sampai kegarisan penamat.Jika dibandingkan dengan keadaan trail memang cukup kuat bagi aku.
Lagi gambar seterusnya..





Lagi cerita lanjut anda boleh ikuti link dibawah ini..
http://www.transhajar.com/
Semoga kejohanan pada tahun depan akan lebih meriah lagi dan mungkin akan terdapat wakil dari Malaysia yang ingin menguji trail Ride on Rock dan latihan yang perlu dibuat adalah berkayuh dijalan yang tidak berturap ataupun disekitar kuari batu hehehe...dan downhill yang mampu menggegar seluruh badan...Daripada jenis basikal yang mengungguli race lebih kepada 29er wheel ...nampak gayanya kena pasang angan2 juga la selepas ini..hehehe..tak menang pun tak apa janji ada gaya .
See you next trail.Ride to see the nature.