Welcome

Monday, December 13, 2010

Yiti Loop

Kembali aku kayuh kat area Yiti nie atas permintaan rakan2 MTB.Route yang kami lalui nie aku tak pernah lagi tapi rider yang mengajak nie depa pernah buat kayuhan beberapa bulan yang lalu.Pada masa tu memang aku dapat juga email aktiviti kayuh disini tapi ada kerja last minit terpaksa batal.
Tempat permulaan kat Oman Dive Center kemudian kayuh melalui tarmac lebih kurang 5 km jugakla sebelum memasuki jalan off road.
Laluan nie dulunya memang tarmac tapi akibat daripada bencana Taufan Ghonu yang melanda Oman 2 tahun terdahulu telah melenyapkan habis laluann yang ber tar nie...Seterusnya datang pula gelombang ribut yang kedua tahun nie dikenali sebagai Taufan Phet yang lebih kurang sama jugalah kekuatannya.
Rider bersama aku kali nie dari Germany dan Italy yang lain2 ada balik bercuti sambut Raya Krismas.
Kali nie aku jadi jugambar saja hehe.tak banyaklah gambar dok beraksi kat atas basikal..walau bagaimanapun laluan ini memang menarik melalui kampung2 yang mendiami tempat ini.Seperti kita belajar dulu2 la,memang kawasan yang berair atau dikenali wadi akan menjadi tempat utama untuk mereka membuat perkampungan.
Sampai disatu tempat terjumpalah anak sungai haha.ini sebenarnya hanyalah aliran air yang keluar dari celah2 batu...ramai juga yang datang mandi dan berkelah tapi tak bolehla la snap gambar mereka kerana pantang orang sini untuk kita mengambil gambar mereka jika tidak mendapat keizinan..
Kesan2 hakisan air yang memusnahkan jalan bertar boleh dilihat disini...dua tiang besi yang teracak tu asalnya tiang besi divider.Bayangkan berapa banyak isipadu air yang mampu untuk mengorek kedalaman seperti ini...
Laluan seupama Grand Canyon hahaha..elok naik kuda kat sini...
Akhirnya sampai juga aku kat kemuncak bukit nie yang memisahkan antara dua kampung utama..
Termengah2 juga nak sampai kat kemuncak kerana bukitnya naik secara mendatar tinggal aku sorang ja yang mendaki,member aku tunggu kat bawah ja hehee..Seterusnya kami buat kayuhan pulang.
Keseluruhan jarak perjalan lebih kurang 50km saja..cukup untuk aku membakar kulit aku hehee..cuaca disini kalau ikut pada perkiraan kalender sudah masuk musim sejuk tapi akibat daripada perubahan cuaca dunia telah menyebabkan semuanya berubah.
See you next trail.Ride to see the nature.

No comments:

Post a Comment