Welcome

Thursday, April 14, 2011

Wadi Mayh Ride

Aktiviti kayuhan kali ini menyusuri sebuah wadi untuk kesebuah kampung yang dikenali sebagai Wadi Mayh.Ini merupakan kali kedua aku berkayuh disini dan pada kali ini kami mengambil keputusan untuk melawat kebun kurma dan kebun sayur penduduk tempatan.Trail yang dilalui adalah off road dan landai tapi jalannya tidak rata dan berbonggol2 amat tidak selesa sekali bagi hard tail bike.
Berada di starting point seawal jam 6.30 pagi kerana cuaca semakin panas sekarang.Lagi lambat bergerak jawabnya jadi BBQ hehehe.
Check point pada kampung yang pertama.Banyak sedut habuk semasa dalam perjalanan sebab lori lalu lalang.Ada yang sporting ada yang laju semacam ja..
Pemandangan lokasi target dari jauh dan layan gambar2 sekitar kampung tersebut.
Sempat layan DH hehehe..sebelum masuk melawat kebun.
Bergambar kenangan dengan Mat Bangla hehe katanya dari Chittagong satu bandar yang pernah aku sampai dahulu.Penjaga setia kebun ini.speaking Arab lagi tu..satu bangsa yang bertuah senang menguasai bahasa dimana saja mereka berada...aku kat sini pun tak reti2 lagi...
Berakhirnya siri jelajah masuk kampung kali ini.Tunggu musim kurma masak pula untung2 dapat bawa pulang sorang sekilo.Ikutkan masa masih awal lagi tetapi memandangkan cuaca semakin panas buat keputusan pulang awal.Pukul 8.00 pagi dah terasa macam pukul 12 tengahari kat Malaysia.
See you next trail.Ride to see the nature.

No comments:

Post a Comment