Welcome

Monday, March 19, 2012

MTB Race 2012

Ini adalah acara tahunan anjuran Oman MTB Club disini.Penyertaan pada tahun ini adalah kurang berbanding tahun lepas dimana terdapat satu lagi aktiviti Triathlon pada sebelah paginya.Faktor cuaca juga memainkan peranan yang penting kerana ia berlangsung dalam cuaca yang agak panas lebih kurang 39 degree juga.
Rider dari luar Oman juga tidak kelihatan seperti tahun lepas dimana terdapat rider dari Dubai dan Kuwait.Walau bagaimanapun terimakasih kepada penaja rasmi utama disini iaitu Red Bull,PDO dan Oman Bicycle.Tiada yuran dikenakan dan dapat pula tshirt sehelai.Penyertaan dari penduduk tempatan masih lagi hambar mungkin belum menarik minat mereka iaitu hanya 3 orang peserta sahaja.
Kejohanan ini berlangsung di trek utama kami disini dan kayuhan adalah secara berlawan arah dari sebelumnya dimana climbing sebelum ini menjadi downhill pula,sungguh menarik sekali.
tiupan angin yang kencang juga amat memenatkan kerana berlawan arah dan membawa bahang panas.
Kayuhan dibahagikan kepada 2 kategori utama iaitu A Group sebanyak 5 pusingan dan B Group sebanyak 3 pusingan.Kategori wanita pula sebanyak 3 pusingan sahaja.Jarak pusingan dikurangkan oleh penganjur kerana faktor cuaca juga.
Gambar sekitar kejohanan...






Gambar barisan pemenang...
Kategori A
Kategori B...
Juara rider tempatan...
Kategori wanita
Kayuh macam lelaki nie..
Bergambar kenangan selepas penyampaian hadiah...ada rider yang pulang awal...
Kemungkinan jadual kejohanan pada tahun hadapan akan diubah lebih awal sedikit bagi mengelakkan faktor cuaca yang menjejaskan kemeriahan.Jika masih ada rezeki dapat kita ketemu lagi
See you next trail.Ride to see the nature.

No comments:

Post a Comment