Welcome

Saturday, September 17, 2011

Al Amerat Ride

Selepas menyambut Eid Fitri baru kali ini aku berkesempatan untuk regroup dengan member2 MTB kat sini.Makin bertambah meriah nampak dengan kehadiran muka2 baru.Cuaca panas pun dah semakin berkurangan dan petanda baik untuk semua rider untuk kayuhan2 akan datang.Pada kayuhan ini lebih kurang 19 rider mengambil bahagian.
Permulaan 5Km yang pertama amat menyeksakan setelah lebih sebulan meninggalkan aktiviti berbasikal di trail.Tetapi kayuhan seterusnya terasa makin ok sedikit mungkin proses2 pengenduran urat2 yang dah lama tegang dengan banyak aktiviti2 makan tidur kata orang dimasa Ramadhan..hehehe..Nasib baik juga kayuhan ini di kemudikan oleh Mr Bob yang agak veteran jadi taklah banyak speeding sangat sesuai untuk kayuhan pertama aku.
Gambar yang sempat dirakamkan sekitar trail.



Ingat aku sorang saja yang letih rupa2nya sahabat kita nie pun senasib juga..beliau merupakan rider tempatan yang semakin aktif  dalam aktiviti berbasikal ini..tahniah..mungkin lebih ramai lagi rider tempatan akan muncul dan memeriahkan aktiviti MTB ini..
Selepas lebih kurang 3Km ke tempat parking kereta maka kami telah berpecah kepada dua kumpulan rider.Satu kumpulan lagi masih mahu meneruskan beberapa km lagi kayuhan tambahan manakala aku dan satu kumpulan lagi teruskan kayuhan pulang.

Gambar atas pit stop terakhir sebelum kami berpecah.Bagi aku cukuplah setakat kayuhan permulaan selepas berehat panjang.
See you next trail.Ride to see the nature.

No comments:

Post a Comment