Welcome

Saturday, April 9, 2011

Kiran Ride

Cuti mingguan kali ini mencuba trail baru iaitu menuju keperkampungan nelayan.Kebanyakan trail adalah on road dan sedikit off road  pada permulaan kayuhan untuk mengendurkan urat2 saraf..hehehe...
Sebenarnya trail off road nie sukar untuk berkayuh kerana ia adalah alur wadi yang terhakis semasa hujan,jadi struktur batuannya tidaklah kejab...sengaja melalui kawasan ini untuk memanaskan badan....
Bermulanya on road...dan melalui jalan yang berbukit...
Disini kira tempat spot jugalah untuk aktiviti memancing sebelum nie...akibat ramai kaki pancing dah balik Malaysia aku tukar aktiviti la..Pada masa ni air laut surut jadi banyak bot2 tersadai diatas darat manakala yang dah turun kelaut akan menunggu air pasang seterusnya untuk mendarat hasil tangkapan...

Bergambar sebelum kayuhan pulang.bawa kawan2 baru nie tak boleh lasak sangat nanti sakit pinggang langsung gantung basikal hahaha...
Sempat melalui kawasan kebun kurma yang sedang berputik sekarang ini...Inilah keajaiban Allah, pokok yang menghasilkan buah pada musim panas dimana suhu panas boleh mencecah 40 darjah lebih nanti....

Kepuasan terbayang pada rider baru,walaupun penat tetapi dah pun buat keputusan kayuhan pada keesokan harinya pulak..hehehe...nak cuba kawasan off road pulak...betul kata orang belum cuba belum tahu...syabas.
See you next trail.Ride to see the nature.

Sunday, April 3, 2011

Welcome Newbie 2

Pada 1 April kayuhan seterusnya bersama sorang lagi rider yang menyahut cabaran dalam aktiviti berbasikal ini,welcome to you Azmi.. yang berasal dari Seremban.....Kayuhan kali ini menyusuri jalan di tepi pantai Qurum seupama Padang Kota kat Penang hahaha dan seterusnya melalui Hotel Crown Plaza untuk ke PDO residential area.

Masih lagi baru dan yang penting penyertaan bagi memeriahkan lagi aktiviti kat sini...Botol air minum pun tak sempat nak dibawa kira cukup powerlah nie...pelan2 kata orang..aksessori kita cari kemudian..
Sedara Zul kita tak jadi masalah stamina dah power selalu masuk gym hehehe...bagi jadi mashall hari nie..
Pendakian kedua untuk kekawasan PDO, boleh tahan juga ketinggian kat sini...tak tahan tak apa kita turun tolak sesuai dengan nama MTB sendiri....
Lagi gambar sekitar kayuhan..
Penat berkayuh kita rehat sebentar kena angin laut dari atas tebing yang tinggi...
Pertama kali turun trail memang penat sikitlah hehehe...tapi kepuasan yang penting.
See you next trail.Ride to see the nature.

Friday, April 1, 2011

Welcome Newbie

Akhirnya usaha aku untuk menambahkan rider kat sini terutamanya dari Malaysia telah bertemu.Diharap ramai lagi Malaysian kat sini akan menceburi sukan berbasikal sambil beriadah juga yang penting kesihatan diri sendiri...
Seawal jam 6 pagi kami telah bergerak ketempat trail yang selalu aku gunakan, sebagai salam perkenalan kepada sahabat kita ini..Trail ini amat sesuai kerana terdapat downhill,uphill dan juga berpasir dimana teknik2 yang perlu belajar sebelum menyusuri trail seterusnya..
Selamat datang sekali lagi pada sahabat kita iaitu Zul dari Shah Alam bersama basikal Focus FS.
Aksi2 seterusnya melayan trail2 yang berbukit batu..aksi DH yang pertama...tersilap langkah makan ketul2 batu la jawapnya hehe

Rocking surface...
Climbing..
Success....
Dah penat nampaknya kita kena take 5 sebelum meneruskan kayuhan...
Sementara tu sempat aku melayan basikal FS nya untuk aksi DH...memang best...aku pun sudah order tapi tak sampai2 lagi machine baru tu...mungkin bulan nie kot....
Self timer..hehehe

Sessi perkenalan dunia MTB selesai..
Nampak bersemangat sahabat kita nie..kayuhan seterusnya akan bersama lagi rider baru dan akan melalui lebih banyak on road pulak.
See you next trail.Ride to see the nature.