Welcome

Saturday, April 9, 2011

Kiran Ride

Cuti mingguan kali ini mencuba trail baru iaitu menuju keperkampungan nelayan.Kebanyakan trail adalah on road dan sedikit off road  pada permulaan kayuhan untuk mengendurkan urat2 saraf..hehehe...
Sebenarnya trail off road nie sukar untuk berkayuh kerana ia adalah alur wadi yang terhakis semasa hujan,jadi struktur batuannya tidaklah kejab...sengaja melalui kawasan ini untuk memanaskan badan....
Bermulanya on road...dan melalui jalan yang berbukit...
Disini kira tempat spot jugalah untuk aktiviti memancing sebelum nie...akibat ramai kaki pancing dah balik Malaysia aku tukar aktiviti la..Pada masa ni air laut surut jadi banyak bot2 tersadai diatas darat manakala yang dah turun kelaut akan menunggu air pasang seterusnya untuk mendarat hasil tangkapan...

Bergambar sebelum kayuhan pulang.bawa kawan2 baru nie tak boleh lasak sangat nanti sakit pinggang langsung gantung basikal hahaha...
Sempat melalui kawasan kebun kurma yang sedang berputik sekarang ini...Inilah keajaiban Allah, pokok yang menghasilkan buah pada musim panas dimana suhu panas boleh mencecah 40 darjah lebih nanti....

Kepuasan terbayang pada rider baru,walaupun penat tetapi dah pun buat keputusan kayuhan pada keesokan harinya pulak..hehehe...nak cuba kawasan off road pulak...betul kata orang belum cuba belum tahu...syabas.
See you next trail.Ride to see the nature.

No comments:

Post a Comment