Welcome

Wednesday, November 3, 2010

Beach Ride

Agak lama tak update blog asyik sibuk dengan kerja..Tengok blog kawan2 semua cerita pasal banjir kawasan Utara yang telah menempa satu lagi sejarah banjir terburuk selepas tahun 2005.
Kepada kawan2 MTB atau Road bike tu jangan cuba2 pulak berkayuh melawan arus nanti tak pasal2 hanyut dibawa arus..
Kembali kepada aktiviti mingguan aku kali ini yang juga menempa satu sejarah buat diri akula berkayuh di sepanjang pantai diatas pasir.Jarak kayuhan keseluruhan lebih kurang 10 Km di persisiran pantai dan 10 Km lagi  tar road.
Walaupun nampak mudah tetapi kudrat yang digunakan sama seperti kita mengayuh menaiki bukit..memang cukup2 memerlukan stamina yang kuat...

Perjalanan bermula.....
Pantai kat sini memang mempunyai kawasan yang agak luas jadi tak jadi masalah melintasi setiap kawasan..kami cross juga kawasan geng2 tengah main bolasepak pantai....kehadiran group kami memang menjadi perhatian la kerana jarang2 orang buat hahahaa..
Walaupun nampak mudah tapi disini kena ada juga teknik2 yang kita mesti tau..aku pun awalnya beberapa kali gak tayar menggali pasir hehe..tapi member2 kita nie dah ada pengalaman kata mereka kayuh kat pantai nie macam kayuh kat atas salji....jadi kita mesti menggunakan gear yang rendah sebab tu aku kata macam kayuh naik bukit ja....tapi ikut kesesuaian andalah jangan terlalu rendah sangat nanti cepat letih..agak2lah  kata orang...
Member kat depan nie merupakan chief kita orang..dialah yang akan membuat servey setiap trek bagi aktiviti mingguan..memang banyak pengalaman dalam MTB nie...
Letih beb kena berhenti juga ..hehe.. minum air tak tau banyak mana hahaha..
Gambar dibawah nie ketika selepas kami menceroboh kawasan larangan.hehe

Kelihatan security kawasan tersebut bertopi putih dah mai sound hehehe..tapi sebenarnya kawasan nie taklah benar2 digazetkan seperti sesetengah kawasan pantai di Malaysia yang memang tak boleh diceroboh langsung...sebab tu kami bedal juga...
Kayuhan kali ini aku telah bertemu dengan seorang geng dari Malaysia..sebelum nie memang ada member dah bagitau tapi aku terlepas banyak trip kerana sibuk dengan tugas...
Kami tiba diperhentian terakhir sepanjang pantai,rilex dulu sebelum memulakan kayuhan di jalanraya pula...

Semasa dalam perjalanan pulang nie kami telah berpecah kepada dua group satu menggunakan laluan pantai dan satu lagi jalanraya..aku macam biasala tak mampu dah nak ikut laluan pantai tinggal lagi member2 yang terkenal dengan pengayuh tegarlah kata orang yang ikut  laluan pantai..
Akhir sekali kami bertemu kembali diwarung kopi Pak Mat...bukan Pak Mat Malaysia tapi Mat Indialah kat sini yang paling ramai.Nama turki tapi geng India yang keja....hehehe
Jadi berakhirlah siri jelajah pantai kali ini..member2 kita kat Malaysia yang belum pernah mencuba tu boleh try tengok untuk merasai kenikmatan kayuh santai hehehee...jangan sampai pasir naik atas kepala kawan sudah...Aku rasa kawasan pantai timur tu best kot sebab pantainya mungkin luas sikit berbanding pantai barat..bukan apa takut terlanggar minah saleh dok berjemur...hehehe..
See you next trail.Ride everywhere to see the nature.

No comments:

Post a Comment