Welcome

Sunday, November 14, 2010

Red Bull Jabal Thrill

Inilah julung kalinya event yang terdapat disini dalam acara sukan berbasikal MTB.Jumlah penyertaan tak ramai lebih kurang 21 orang saja dan pendaftaran adalah percuma sponser dari Red Bull.Kalau event nie kat Malaysia mahu cecah ribu nie...hehee..


Selepas sessi trial ada tiga orang tarik diri akibat terjatuh dan basikal problem.Bawah nie boleh la tengok bagaimana ngerinya trek kami.Ini bukan batu main2 ini batu betul2 batu keras ketuk dengan cangkoi pun belum tentu boleh pecah..hehee..tapi kat sini kira dah nak sampai ke garisan penamatlah...

Gambar atas pemandangan dari bawah starting point.Dibelah kanan belakang banner..kira 90 darjah juga la kecuraman..
Perlumbaan dibahagikan kepada dua kategori iaitu individu dan 3 orang serentak.Dibawah gambar aksi2 kami sepanjang event berlangsung.


Peserta remaja tunggal baru berusia 12 tahun tapi mempunyai semangat yang kuat jugalah.
Aksi juara bagi kategori 3 orang serentak dibawah..memang layak menang pun banyak pengalaman nie.Tengok kepada pakaian pun memang ada ciri2la main downhill tak macam kami.Kategori individu tak sempat nak snap.
Acara penyampaian hadiah dilakukan diatas bukit,tak sempat aku nak manjat sebab cari posisi untuk rakamkan gambar bagi acara berkumpulan.
Starting point bagi acara 3 peserta serentak lebih rendah sedikit kerana kedudukan trek yang agak lebar untuk pelumba dapat memotong satu sama lain.

Bukit nie pun boleh tahan juga kecuramannya,hampir terbabas juga aku semasa sessi training.Ada juga orang tergolek semasa perlumbaan kategori individu tapi kira calar sikit2 saja sebab semua pelumba ambil langkah berhati...
Lagi gambar sepanjang trek yang sempat di snap..banyak gambar tak sempat nak upload dari penganjur Red Bull.
Jadi keseluruhan event ini berjalan dengan baik walaupun kurang  mendapat perhatian dari penduduk tempatan.Yang banyak menyaksikan adalah warga luar..Geng2 tempatan nie kalau ada lawan unta memang penuhlah hahaha...Jadi tujuan sebenar sukan berbasikal ini adalah untuk memberikan sesuatu yang baru dalam bidang sukan buat penduduk tempatan.
Akhbar memang membuat liputan yang cukup baik.Mungkin suatu hari nanti sukan ini akan mendapat tempat dihati mereka.Terima kasih sekali lagi kepada sponser utama Red Bull yang memang terkenal seantara dunia.
See you next trail.Ride to see the nature.

2 comments:

  1. he..he...MTB forever

    ReplyDelete
  2. dah x memancing ke bro,dah gantung ke rod mahal tuh

    ReplyDelete