Welcome

Monday, December 27, 2010

Bicycle Shop

Sepanjang minggu hujung tahun nie aktiviti berkayuh aku terhenti sekejap...Bini datang melancong pulak tu jadi aktiviti bershoping la pulak...Jadi ada masa la juga sikit untuk servis basikal aku yang tersadai saja dalam rumah hehehee.
Kat Oman nie satu kedai saja yang paling terkenal iaitu Oman Bicycle dan memang menjadi tumpuan mat2 saleh membeli basikal kat sini...
Kedai nampak kecil saja tapi jualan kira bagus jugalah sebab tak ada persaingan.Kebanyakan jenama yang dijual kat sini memang tak terkenal kat Malaysia aku rasa iaitu berjenama Focus dan Univega.Teknologi dari German dan kualiti tu kira antara yang terbaik jugalah dan sponser utama untuk pasukan Milram.
Jadi kawan2 bolehlah layan gambar yang aku snap dalam kedai nie masa mekanik dia dok masukkan slime dalam tayar basikal aku tu hehee.


Kunjungan aku kali nie dah tak banyak dah road bike, dah dibeli oleh orang.Paling terkenal sekarang ialah Focus Izalco dan bagi MTB pulak Focus First Expert.Kalau member2 nak mengenali jenama Focus boleh click link nie....http://www.focus-bikes.com/gb/en
Oleh kerana bentuk muka bumi kat sini berbatu2 aku pulak dah pasang angan2 nak angkat lagi satu full suspension la pulak.hehehehe..

Carbon frame memang menarik tapi aku tak berani nak main kat sini off road dia ganas sangat kat Malaysia ada juga selut lainlah kalau terlanggar pokok getah.
Kebanyakan pelanggan kedai nie membuat tempahan jenis basikal yang mereka hendak dan taklah lama sangat untuk mereka mendapat basikal baru.
Sempat bergambar dengan bekas pelumba basikal Oman,menurut kata dia hobi basikal kat sini masih lagi kurang mendapat sambutan dan mungkin satu hari nanti akan berkembang.
Jadi gambar kat bawah nie lah tujuan sebenar aku datang kat kedai nie sambil tu layan tengok basikal2 yang ada.Cecair yang dimasukkan dalam tayar nie dipanggil coffelotex sama macam slime yang dimasukkan dalam tayar tubeless.Aku masih lagi pakai tiub jadi ada cecair nie kurang2nya mampu untuk mengelakkan tayar pancit bila terkena duri.
Kalau pakai tayar tubeless tu memang bagus kat sini sebab pokok2 dia memang jenis berduri dan dahan yang reput tu banyak  kat laluan, bila kita guna slime memang berkesan sekali. Ingat nak upgrade tayar tubeless gak tapi aku rasa mungkin layan untuk basikal baru nanti kalau jadi ler..hehehe..
Oleh kerana tahun 2010 nak melabuhkan tirai nie aku ambik kesempatan nie untuk mengucapkan terima kasih kepada pembaca2 yang mengunjungi blog merapu aku nie untuk berkongsi pengalaman terutama sekali pada link2 yang bersama blog aku nie.Terimakasih sekali lagi dan Selamat Tahun Baru 2011.
See you next trail.Ride to see the nature

No comments:

Post a Comment