Welcome

Saturday, December 4, 2010

Friday Ride

Tepat jam 6 pagi aku sudah berada dilokasi untuk kayuhan menjana semula stamina,almaklumlah aktiviti tergendala akibat tugasan seperti posting terdahulu.
Tempat nie dikenali sebagai Yiti.
Kayuhan pagi2 nie memang best sebab kereta kurang,Pak Arab kat sini memang kaki bangun lewat jadi aku layan kawasan berbukit bukau nie.Bila lama tak kayuh memang terasa stamina tak ada tambah2 layan uphill jadi banyak tempatlah ada pitt stop hahahahaha...
Kayuhan aku purata on road sebab sorang2 malas nak layan off road takut apa2 kemalangan susah nak dapat bantuan nanti.Tapi berbaloi jugalah lokasi nie untuk kayuhan mendapatkan stamina walau bagaimanapun taklah macam member kita training kat Gunung Jerai tu..kira mantap habih la...
Setelah cover 10 Km kawasan nie aku berhentilah untuk sarapan pagi...cari kedai nasi lemak tak jumpa hahaha..makan pisang aja....lepas tu lakukan kayuhan patah balik kerana kawasan seterusnya dah agak kurang mencabar.

Sempat juga snapp gambar binatang yang dulu hanya tengok dalam TV saja,kat cnie banyak berkeliaran orang dah kurang menggunakannya seperti zaman dulukala...tapi kat area kampung2 ada juga aku tengok orang tua2 guna bawa barang.

Oleh kerana masa panjang lagi aku teruskan kayuhan ke lokasi yang lain pulak iaitu satu tempat destinasi pelancong yang utama jugalah...Antara hotel yang termahal kerana nak bina pun terpaksa ratakan bukit2 batu nie bukan satu kerja yang mudah.
View kat sini memang cantik kalau pakai DSLR camera memang mengancam lagi
Gambar kat bawah nie memang banyak sekali kenangan aku kat sini...apa lagi projek memancingla...pulau kecil tu kira pot kami geng2 Malaysia suatu ketika dulu bermalam sambil layan ikan kerapu dengan pari...memang berkilo2la sekali turun mancing...banyak member dah balik Malaysia dan ada yang berhijrah ke Negara lain pulak sebab tulah aku tukar pulak hobi kat sini hahahaa...tapi memang dua2 layannn...
Oleh kerana tengah hari nanti nak pergi solat Jumaat pulak jadi akupun buat kayuhan terakhir untuk balik ketempat parking kereta lebih kurang 5 Km jugak dari tempat nie...


Tengah dok snapp gambar terakhir sempat bertemu dengan member road bike.Memang laluan nie menjadi pilihan mereka kerana jalan yang agak tenang dan berbukit bukau sesuai sekali untuk membina stamina.Tak kurang dari 10 orang juga yang selisih dengan aku semasa aku berkayuh pulang.
Rumusan yang boleh dibuat kayuhan kali nie memang kira tak mengecewakan jugalah.Lebih kepada kayuhan santai kata orang dan aku berjaya menamatkan kayuhan keseluruhan 30 Km ja hahaaha....
See you next trail.Ride to see the nature

No comments:

Post a Comment