Welcome

Sunday, July 31, 2011

Al Berein Ride

Ramadhan semakin dekat menjelma jadi kami mengambil keputusan untuk buat kayuhan last kopek kata orang.Kayuhan ini juga turut disertai oleh pendatang baru untuk mencuba aktiviti berbasikal meredah tanah berbukit bukau yang kering kontang.Beliau ialah Bapak Suyato yang berasal dari Indonesia dan katanya tak terfikir nak berbasikal disini.hehehe..

Dari segi gaya memang sudah secocok..mungkin jika ada minat akan diteruskan lagi katanya...hehee..Kami membuat kayuhan merentasi trail yang tidak pernah dilalui oleh sahabat kita seawal permulaan sekitar 5 km yang pertama.Trail ini lebih landai dan sedikit climbing dan melalui wadi yang tidak beberapa sukar dan sesuai untuk membawa pengayuh2 baru.Seterusnya mendaki kepuncak dataran banjaran yang agak panjang dan amat menarik sekali pemandangan dari atasnya.Sebab itulah trail ini amat memberikan kepuasan kepada aku dan boleh dikatakan setiap kali ride disini kami akan cuba untuk menjejaki laluan yang berbeza2.
Gambar sekitar trail...



Masih banyak lagi laluan2 yang akan di terokai selepas Ramadhan nanti di kawasan ini dan mengharapkan lebih ramai penyertaan muka2 baru.Seperti kata rider2 kita kena kuat buat MLM lagilah..hehehe...
Bila dah ada skill dan stamina kena tinggallah kita hehehe...Jangan tersilap bawa arah sudah nanti nak buat loop pendek jadi loop panjang susah hahaha..
Bukit batu yang unik dan amat menarik sekali dan banyak terdapat disekitar trail..Tapi pembangunan yang semakin menghimpit akan menjadi suatu kenangan suatu masa nanti...

Berjaya juga misi ini walaupun pendatang baru kita terpaksa memuntahkan kahak hijau diakhir pitt stop...hehe..Jadi kami memberitahu beliau inilah akibatnya jika kita masih merasakan diri kita sihat tetapi zahirnya stamina kita amat lemah sekali jika kurang melakukan aktiviti2 bersukan.Jadi amalkan gaya hidup sihat walaupun dimana anda berada.
Kepada pembaca yang beragama Islam saya ucapkan "SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK."...
See you next trail.Ride to see the nature.

No comments:

Post a Comment