Welcome

Friday, July 15, 2011

Al Juffainah Ride

Pada keadaan suhu mencecah 42 C semangat nak berkayuh diteruskan juga dengan kehadiran rider seramai 5 orang. Banyak rider yang mengambil kesempatan untuk bercuti ketika keadaan cuaca yang panas disini untuk pulang kenegara masing2.
Semakin hari semakin kering kontang kawasan ini,angin yang bertiup membawa bahang panas yang menyegarkan hehehe...Layan ajalah janji kayuh sambil bersauna free membakar lemak dengan lebih cepat...
Kayuhan kali ini juga telah memberikan kami semua pengalaman baru iatu liquid anti tayar bocor aku telah bocor diluar tayar.Ini disebabkan duri yang agak besar telah menyebabkan liquid tersebut bocor hingga keluar dan mencari lubang2 kecil pada tayar utama...Tapi memang mantap penggunaan liquid ini aku masih boleh berkayuh tanpa masalah pertukaran tiub tayar yang baru kerana cecair tersebut membeku dan menghalang terus kebocoran.
Kepada rider yang selalu menyertai jambori tu pastikan tayar anda mempunyai slime untuk menghalang kebocoran..terbukti berkesan sekali...
Posting kali ini aku sertakan beberapa aktiviti kayuhan yang tak sempat nak update..
Al Khoud Ride
Seramai 9 rider mengambil bahagian dengan jarak kayuhan 25 Km menerusi wadi,kawasan berbukit dan melalui kawasan penduduk sekitar.
Cuaca bukan menjadi penghalang utama jika sudah masuk kategori pengayuh tegar hehehe..Asal ada peluang saja mesti kayuh juga akan datang pula nanti Bulan Ramadhan maka kena pulun habis2 la masa terluang sebelum berehat sebulan.
Juga kayuhan selepas ini kita akan melihat jentera baru rakan kita Trek Fuel EX 9.7 akan beraksi membelah bukit batu.Tungguuu...
See you next trail.Ride to see the nature.

No comments:

Post a Comment