Welcome

Monday, March 12, 2012

Crystal Rock Trail.

Kesibukan kerja membantutkan aku untuk mengupdatekan blog.Banyak juga aktiviti yang dijalankan bersama rakan2 MTB disini termasuk penyertaan dalam Dirty Dozen Race serta kayuhan mingguan.Kali ini misi kami terus menjejaki lagi trail baru untuk membuat satu loop yang agak besar sambungan daripada race track kami.Maka bertemulah dengan laluan yang banyak dipenuhi batu2 kristal diantara batu2 hitam.
Keburukan laluan yang dipenuhi dengan batuan ini ialah ketajaman batu tersebut yang boleh menghiris tayar anda jika anda memasuki antara bongkahan batuan tersebut.Jadi disini terpaksa berhati2lah sedikit dengan melalui singgle track yang dilalui oleh kambing dan unta.
Cuaca masih lagi tidak menentu dimana kayuhan kali ini tidaklah terasa sangat kepanasan walaupun sinaran matahari terbit seawal jam 6.10am.
Gambar sekitar trail..










Berlatar belakang kumpulan unta yang masih berkeliaran...
Keseluruhan trail taklah mencabar sangat lebih kepada kayuhan santai sesuai untuk beginner dan dapat juga membakar kalori dalam badan hehehe..
Gambar seterusnya kayuhan sehari sebelumnya bersama dengan rakan2 MTB Malaysia disini tanpa kehadiran sedara Saiful dan Azmi yang pulang bercuti.





 Jika tiada aral melintang pada 15 March ini akan berlangsungnya acara MTB Race tahunan kami bertempat di Mtb Track.Jika faktor cuaca yang panas melampau mungkin jumlah pusingan iaitu sebanyak 6 pusingan akan dikurangkan kepada 5 bagi kategori A dan 4 bagi kategori B.Kayuhan disini benar2 berbeza sekali kerana permukaan jalan yang tidak rata menyebabkan banyak getaran yang mengakibatkan kita cepat terasa keletihan dan kehilangan banyak air dalam badan.
Faktor cuaca juga yang menyebabkan pasukan Thailand telah tewas kepada pasukan Oman dimana pelawanan bolasepak diadakan pada jam 1.30 tengah hari anda boleh bayangkanlah sendiri hehee.
See you next trail.Ride to see the nature.

No comments:

Post a Comment