Welcome

Monday, March 14, 2011

MTB Annual Race

Pada tahun ini mungkin kali pertama aku akan menyertai MTB race yang sudah beberapa tahun diadakan di sekitar trail ini..Ini adalah acara tahunan bagi ahli2 kelab MTB disini untuk berlumba sambil berhibur.
Lokasi adalah seperti dibawah

Terdapat 4 trail utama termasuk MTB race track yang kami gunakan bagi kayuhan mingguan jika tidak ada cadangan untuk menerokai trail baru dilokasi2 yang lain.
Perlumbaan adalah terbuka kepada orang ramai dan dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu

1.  Kumpulan A lelaki  -  4 pusingan jarak lebih kurang 19.2km

2.  Kumpulan B lelaki  -  3 pusingan jarak lebih kurang 14.4km

3.  Wanita                   -  2 pusingan jarak lebih kurang 9.6km

Kumpulan A terdiri dari pelumba2 yang dikategorikan sebagai handal la dan B biasa macam aku saja hehehe...ini bukan apa untuk menjadikan perlawanan lebih menarik...
Dengar cerita Red Bull sekali lagi akan menjadi sponser utama.Kira best la nie dapat air percuma lagi..
Selepas pertandingan macam biasalah ada BBQ sebagai satu riadah beramai2 ahli Kelab MTB di Oman nie.
See you next trail.Ride to see the nature.

No comments:

Post a Comment