Welcome

Friday, March 11, 2011

PDO Ride

Assalamualaikum...kepada semua kawan2 peminat MTB ataupun Road Bike.Lama aku tak update blog sebab balik bercuti jadi aktiviti pun turut bercuti hahaa..Ingat nak join kayuh dengan member2 MTB kat tanahair tapi last minit cansel plan pulak mungkin lain hari dan masa aku akan cuba trail kat Malaysia pulak.
Bila lama tak berkayuh aku rasa 50% stamina aku hilang..semput habis bila buat pendakian dan speed pun hanya mampu maintain 23km/j.Jadi benarlah kata orang kalau tak turun training jangan haraplah nak nombor bawah 50 masa jamboree hehe....
Satu2nya rakyat Malaysia yang dok join kayuh dengan aku.berasal dari Penang dan dahpun nak balik Malaysia hujung bulan nie.Harap2 aku dapat cari member baru kat sini, tengah jarum tapi tak jalan2 lagi haha...kebanyakannya berkeluarga dan status tinggi sangat sebabtulah tak berminat  dan lebih kepada main golf hehehe...
Kayuhan kami cover up kawasan kediaman Oman Petroleum kebanyakannya on road dan sedikit off road sebagai hilang gian kata orang.Jarak kayuhan tak berapa jauh sangat lebih kurang 30km ja tapi bentuk muka bumi kat sini berbukit2 jadi banyak pendakian maka stamina yang kita guna dapat dimaksimumkan.
Layan gambar dibawah sekitar kayuhan kami..
Pada 17 haribulan nanti akan diadakan satu MTB Race yang dianjurkan oleh ahli2 MTB kami kat sini jadi kena buat kayuhanlah sepanjang minggu nie..Aku masuk hanya untuk meramaikan saja hahaha..kata orang kalau tayar mereka pancit dapatlah aku potong hahaha..Nak lawan kejar mengejar tak terlawan riang kuda betui ,kadang2 tu ada rider yang sengaja keluar dari trek untuk panjat bukit2 kecil sambil layan downhill.
Minggu nie dapatlah aku regroup balik dengan mereka untuk test trail yang akan dijadikan trek untuk race nanti.Sementara tu kena buat kayuhan solo dahulu la untuk dapatkan sedikit stamina dan trail PDO inilah yang dijadikan pilihan kerana banyak climbing dan baik untuk kita memaksimumkan penggunaan tenaga walaupun jarak dari rumah aku untuk buat satu loop lebih kurang 30km saja.
See you next trail.Ride to see the nature.

No comments:

Post a Comment