Welcome

Saturday, March 19, 2011

MTB Race Full Result

Penganjuran yang berjalan dengan baik dan lancar dan telah disertai lebih kurang 40 lebih rider sahaja.Sukan ini masih lagi asing bagi penduduk bersekitaran dan hanya 4 orang saja rider tempatan.Ok lah tu harap penganjuran tahun depan jika berkesempatan akan lebih ramai lagi penyertaan dari penduduk setempat.
Perlumbaan kali ini dibawah cuaca panas terik 38 C....hahaaha ..apa lagi kerja minum air saja la..kerongkong dah rasa macam saluran paip.Tengok kawasan bersekitaran yang bergunung ganang menambahkan lagi bahang panas tersebut.Ada rider2 yang tak tahan selepas dua pusingan terus keluar dan juga masalah technical pada basikal masing2...
Gambar2 sekitar hari pertandingan....Para peserta bersiap2 dengan jentera masing2

Proses pendaftaran mengikut kelas yang akan disertai...banyak nak pergi kepada kategori B... hahaha jadi kategori nie yang paling ramai la...
Bergambar dengan member yang akan pulang ke tanahair...katanya kalau ada rezeki beliau akan datang kembali,harap2 begitulah ada juga member boleh layan pada weekly riding.
Gambar2 sekitar perlumbaan tak dapat disiarkan kerana aku tak sempat nak bergambar...mungkin dua tiga hari lagi ada juru gambar bebas akan upload...
Walau bagaimana pun terdapat seorang rider yang terjatuh dan hanya mendapat luka2 kecil saja.Trail memang mencabar kerana terdapat beberapa tempat downhill dan memerlukan kemahiran mengawal basikal dengan baik.Jika lari dari trek akibatnya terlanggarlah bonggol2 batu yang boleh menyebabkan tayar seperti di hiris dengan pisau.
Hadiah yang disediakan taklah begitu hebat seperti di Malaysia kerana semua peserta yang mengambil bahagian tiada yuran pendaftaran, percuma sahaja ..hahahaha..cukup hanya dengan cenderamata dan T shirt kepada peserta2 yang mengambil bahagian disediakan oleh penganjur.
Johan kategori Kelas A
Johan kategori Kelas B
Johan kategori wanita
Pihak penganjur memberikan cenderahati kepada orang yang mula2 menerokai sukan MTB disini dan trail2 yang kami gunakan untuk weekly riding..Bob


Inilah pula bahagian aku ..haahaa..
Penyertaan yang kedua dalam pertandingan disini selepas acara downhill tahun lepas...Nak bersaing memang tak terdaya lah, kata orang berlumba sambil berhibur.Dari keputusan kedudukan dapat bawah 10 peserta terbaik hahaha...ini mungkin pasal peserta tarik diri yang aku potong masa perlumbaan...
Bergambar bersama Marcel, chief de mission yang merupakan penggerak sukan MTB disini...
See you next trail.Ride to see the nature

1 comment: