Welcome

Sunday, April 24, 2011

MTB Track 1 Ride

Lokasi trail ni tak berapa jauh dari MTB Race track, dalam satu mukim yang sama kata orang.Apa yang menarik trail ini lebih cantik dari segi mukabuminya dan trail yang bercampur2 mendatar dan pendakian.
Lebih kurang 16 orang rider yang mengambil bahagian termasuk beberapa orang muka baru.
Kayuhan pada mulanya rancak tetapi kehadiran rider baru yang belum cukup stamina melambatkan pergerakan.Macam permulaan aku join dulu la tapi rasa2nya mereka tidak bersedia langsung kerana kayuhan off road amat berbeza dengan kayuhan tarmac.Penggunaan gear yang tidak betul juga menyebabkan mereka cepat letih jadi terpaksalah diadakan satu sessi penerangan dan pengendalian.Ini yang aku respek sekali kepada chief kami yang sentiasa menolong dan memberi tunjuk ajar.
Gambar2 sekitar trail ini...
Akhirnya kami telah berpecah kepada dua group bilamana rider baru tak dapat meneruskan kayuhan dan beberapa orang telah membuat short cut untuk menghantar mereka balik ke kereta.Trail nie taklah terlalu mencabar sangat aku rasa tapi akibat tiada latihan atau stamina memang perit juga hehehe.
Jarak kayuhan sepanjang trail yang kami lalui adalah lebih kurang 25Km saja.Walau bagaimanapun sudah cukup untuk membakar kalori ditambah dengan bahang sauna dari gunung hehe..
See you next trail.Ride to see the nature.

No comments:

Post a Comment