Welcome

Saturday, June 25, 2011

Al Berein Ride

Kayuhan ini merupakan regroup pertama selepas bercuti dengan kawan2 dari tanahair.Bila lama tak berkayuh maka al maklumlah sesak nafas juga dibuatnya.Member yang lain pun sama juga asyik layan tidur saja malas nak keluar buat kayuhan maintain stamina.Jadi kayuhan kali ini adalah seperti mahu kendurkan semula urat2 yang tegang selepas berehat panjang.
Trail disini lebih kurang sama juga dengan trail2 yang lain iaitu gabungan bukit dan wadi sepanjang perjalanan.Pembangunan juga semakin menghimpit kerana terdapatnya pembinaan lebuh raya baru yang menghubungkan pekan ini dengan Pusat bandar.
Bila lama tak berkayuh maka aksi2 sebenar terserlah lah hehehee...mangsa pertama...
Seterusnya...
Maka banyaklah pitt stop sepanjang kayuhan ini..bekalan air pun kira melepasi minimum level bila sampai balik ketempat permulaan kayuhan.Jika tersilap arah kena buat catuan airlah nampak gayanya hehehe..
Gambar sekitar trail...
Jarak kayuhan kali ini tak lah sejauh mana tetapi masa yang diambil agak lama juga iaitu lebih dari satu setengah jam  akibat banyak perhentian atas permintaan kawan2 heheee....Inilah hakikatnya bila lama tak berkayuh stamina akan menurun dan jelas terbukti.Minggu seterusnya mungkin kami akan kembali mengulangi trail ini untuk mencapai sasaran sebenarnya.
See you next trail.Ride to see the nature.

No comments:

Post a Comment