Welcome

Tuesday, June 21, 2011

Seri Astana Ride

Kayuhan ini merupakan kayuhan ke dua sepanjang percutian di tanah air bersama rakan MTB.Lambat untuk update blog disebabkan broadband prepaid X syarikat aku terlalu slow jadi ambil keputusan tangguh dulu.Kayuhan ini dapat aku bertemu dengan 2 orang kenalan lama aku dan juga rakan baru dalam dunia MTB.
Kehijauan bumi kita sedikit demi sedikit akan terhakis disebabkan keperluan kepada kehidupan manusia membina tempat perlindungan.
Kayuhan di trail ini memang memberi sedikit pengetahuan untuk aku belajar teknik2 terbaru bagi trail yang licin dan berbatu lada dimana jka sedikit kesilapan berlaku kita akan terbabas.Terdapat juga lubang yang terbina daripada hakisan air semasa hujan yang dilindungi oleh rumput menunggu mangsa jika tidak berhati2.Terimakasih kepada rakan rider yang telah memberi sedikit ilmu sepanjang kayuhan ini.
Seterusnya menyusuri laluan bendang yang membuatkan aku terlepas peluang untuk menyertai Kayuhan Bendang pada bulan Julai nanti kerana bercuti awal dari tarikh perancangan asal.
Memasuki semula trail ladang kelapa sawit dan getah..dimana terdapat beberapa kawasan yang agak mencabar skil penunggang.
Keseluruhan kayuhan ini memberikan aku kepuasan walaupun tanpa perancangan awal.Terimakasih sekali  lagi kepada rakan MTB Sungai Petani yang bersama2 dalam kayuhan kali ini.
See you next trail.Ride to see the nature.

No comments:

Post a Comment