Welcome

Wednesday, June 29, 2011

Welcome Newbie 3

Sempena cuti umum Israk dan Mikraj harini kami telah mengadakan satu sessi kayuhan salam perkenalan kepada sahabat kita yang masih belum merasai kenikmatan kayuhan basikal ditengah bukit batu ini...Pengalaman berkayuh disini sebenarnya boleh dijadikan satu kenangan suatu masa nanti.
Berbekalkan basikal yang disediakan oleh kawan2 maka 2 orang sahabat kita telah menyahut cabaran iaitu saudara Nik Noor dan Mohd Rafain.
Bagi sedara Rafain kita yang tidak pernah berbasikal selepas lebih dari 20 tahun maka amat perit jugalah pada sessi kayuhan ini...hehehe..Walau bagaimanapun syabas diucapkan kepada mereka kerana berani untuk mencuba sesuatu yang baru.
Gambar sekitar kayuhan ini...
Banjaran yang berjaya ditawan...walaupun penat tahap gaban tapi best...haha kira ok la tu...
Keseluruhan misi kali ini berjaya ditamatkan dengan membuat satu loop kecil.Bagi sahabat kita yang baru mencuba terasa peritlah kayuhan ini maklumlah ia juga memerlukan stamina yang kuat.Semoga kayuhan ini menjadi kayuhan pemberi semangat untuk mereka berdua terus untuk meramaikan ahli MTB disini terutamanya dari tanahair.
Sedikit sketsa sebagai pembakar semangat..hehee
Hahaha...jangan putus asa...
See you next trail.Ride to see the nature.

2 comments:

  1. Huh... tak nampak pokok hijau langsung noo. Kalau kat sini, asyik rehat kat pokok kelapa sawit je, ha3

    ReplyDelete
  2. pokok semua daun dah luruh..panaih bangat...

    ReplyDelete