Welcome

Sunday, July 24, 2011

Race Track Ride

Cuti hujung minggu kami mengulangi semula kayuhan di single trail race track.Cuaca yang sedikit berangin pada waktu pagi memberikan sedikit keselesaan sepanjang kayuhan.Seramai lima rider kali ini termasuk isteri saudara Zul yang akan mengikuti siri2 kayuhan seterusnya disini.
Seperti biasa satu loop kecil akan dibuat mengikut permintaan daripada rider kita Rafain dan Nik kerana masih kurang yakin dengan kemampuan diri sendiri.hehee
Walau bagaimanapun sepanjang kayuhan ini banyak pitt stop dibuat sambil menghilangkan dahaga dan aksi2 berfoto yang tidak akan dilepaskan.Pada pertengahan perjalan Zul dan Isteri telah terpisah dari kami yang lebih dahulu kehadapan.Beliau mengikut laluan trail race yang membawa kepada permulaan kayuhan.
Terpaksalah aku mengejar dengan mengikuti jejak tayar basikal yang dilalui oleh mereka dan membuat pintasan disatu trail lain.Kebetulan mereka sudah melepasi satu downhill yang menarik disitu.
Akibat kesilapan yang tak disengajakan ini maka terserempaklah sekumpulan unta yang masih menghuni kawasan ini walaupun pada hakikatnya banyak rumput2 dan pokok2 yang sudah kering dan keguguran daun.
Kelihatan sedang mengambil angin diatas sebuah kawasan lembah yang cantik pemandangan disitu.
Selepas inilah kami terpisah.

Tengok kepada pokok2 yang keguguran daun rasa2nya tak ada harapan binatang boleh hidup dikawasan ini tetapi mereka telah disediakan makanan tambahan oleh tuanpunya binatang tersebut.Disepanjang trail juga kami telah menjumpai bangkai seekor unta yang telah mati mungkin disebabkan terkena penyakit ataupun faktor usia..
Sehari sebelum kayuhan trail ini kami mengunjungi satu lagi trail yang popular iaitu Al Berein.Disini saudara Zul telah menguji jentera barunya iaitu Trek Fuel EX9.7 dan ternyata mantop sekali katanya sesuailah dengan harganya.
Setiap kali kayuhan di trail ini kami akan mencuba mencari trail2 yang baru untuk membuat satu loop.Jadi seperti biasalah ada kawasan yang terpaksa ditolak untuk mendaki sesebuah bukit hehe..Lagipun inilah dunia MTB yang telah sinonim dengan nama Mesti Tolak Basikal...hehee
Gambar sekitar trail pada hari tersebut...



Walaupun penat tetapi kepuasan diperolehi.Apa yang penting kayuh untuk kesihatan.
See you next trail.Ride to see the nature.

1 comment: