Welcome

Sunday, November 27, 2011

Wadi Ride

Sengaja memilih tema kayuhan kali ini kerana dengan harapan dapat melihat sendiri bagaimana wadi (sungai) yang kering kontang dalam musim panas lalu menjadi nadi utama sumber bekalan air untuk musim panas yang seterusnya.Hujan yang lebat agak lewat petang kelmarin hingga tengah malam memberikan petanda yang baik bagi kami untuk merasai keghairahan penduduk disini melihat aliran air.Tidak hairanlah mereka boleh menghabiskan masa berjam-jam lamanya hanya untuk melihat aliran air yang deras menyusuri wadi yang tersedia.
Kayuhan kali ini hanya disertai 3 rider sahaja yang lain ada yang melancong ke Dubai dan kena standby kerja jadi tak dapat meramaikan majlis kata orang.Awal kayuhan kami membuat satu pusingan pendek di kawasan trek MTB Race yang juga merupakan trek utama Dirty Dozen kerana disini sangat baik sebagai kayuhan pemanas badan sebelum menyusuri lain2 trail.Akibat hujan yang lebat trail terasa begitu selesa sekali kerana tidak berabuk dan permukaan tanah yang agak lembut memberikan satu kelainan daripada biasa.
Selepas 500 meter pertama kami telah membuat satu crossing wadi yang agak berair tetapi terus membuat kayuhan menaiki uphill dan downhill juga melalui beberapa laluan single trek yang menarik.Cuaca yang masih dingin seawal pagi amat menarik sekali dan tidak terasa keletihan walaupun beberapa kilometer berkayuh.Permukaan tanah yang basah dan tumbuhan yang segar memberikan satu susana yang benar2 berbeza pada musim panas lalu.Jadi tak hairanlah hujan merupakan satu nikmat yang tak terhingga dibumi padang pasir ini dan di negara kita pula sekarang ini tengah bergelut dengan musim banjir yang melanda.
Gambar sekitar trail...



Gambar atas merupakan pit stop yang pertama dan terasa malas nak bangun kerana batuan disini terasa sungguh sejuk sekali.Dari sini kami membuat downhill yang agak berliku ditambah dengan batuan2 seperti gambar diatas yang menghalangi jalan dan memerlukan kawalan yang baik terhadap basikal supaya sentiasa terus berada diatas single trek.Laluan berikutnya merupakan laluan yang mendatar dan berliku2 dilembah yang agak luas dan jelas kelihatan kehijauan rumput dan tumbuhan yang segar.
Selepas beberapa kilometer berkayuh akhirnya kami bertemulah dengan satu wadi yang masih mengalir airnya.Apa lagi acara meredah airlah yang jarang benar dapat bertemu.Banyak bergambarlah disini bagi perangat kawan2 yang tak bersama dalam kayuhan ini..hehehe...

Bukan senang nak dapat meredah air...kalau kat tanahair dah biasa sangat suasana begini...sambil tersenyum lagi tu...

Puas bergambar kami teruskan kayuhan menyusuri wadi ini dan beberapa tempat airnya kering.Mungkin kawasan yang agak rendah jelas kelihatan airnya mengalir dan bagi kawasan yang agak tinggi permukaannya lembab sahaja.Kami kemudiannya membuat crossing laluan tarmac untuk keperkampungan diseberang kawasan berbukit ini.Single trek yang menarik dan melalui jalan off road yang merupakan laluan utama mereka sepanjang beberapa kilometer terakhir sebelum kami menamatkan kayuhan kali ini.
Pada kayuhan terakhir kami bertemu sekali lagi wadi yang isipadu airnya lebih banyak dari sebelum ini.Apa lagi acara membasuh basikal dan berehat panjanglah...




Kayuhan kali ini adalah pengalaman yang pertama kami dapat meredah beberapa laluan air dan suasana yang jarang2 dilihat disini.Terasa nak merendam pun ada juga bila ingatkan mandi air terjun ditanah air..hehe..
Bagi rider yang tak dapat bersama tu sabarlah.kita tunggu hujan yang akan datang haha...
See you next trail.Ride to see the nature.

No comments:

Post a Comment