Welcome

Friday, November 25, 2011

Welcome Newbie 6

Kayuhan minggu ini sekali lagi Kelab RORC mencatatkan sejarah kemasukan seorang lagi ahli baru dari tanahair kita.Beliau ialah saudara Rohizal yang berasal dari Johor dan bertugas dengan Petronas Malaysia di Oman.Syabas diucapkan kerana berani menyahut cabaran dunia MTB di sini.
Menurut katanya beliau telah lama berkecimpung dalam dunia berbasikal ini sejak dari tanahair lagi dan akibat tidak tahu adanya ahli kami disini maka beliau hanya berkayuh berseorangan dikawasan bersekitaran kediamannya sahaja.Jadi ini merupakan peluang terbaik beliau bersama dengan kami untuk lebih aktif lagi.
Seperti sebelum ini trail yang kami pilih bagi menyambut kedatangan ahli baru adalah trail yang meliputi gabungan uphill,downhill,wadi crossing dan sedikit kawasan berpasir bagi membuat pendedahan teknik2 kayuhan disini.Ini adalah kerana kawasan trail disini adalah berbatu2 dan amat sinonim dengan gelaran "no soft lending" jika terbabas.hehe...
Permulaan kayuhan melalui off road kawasan penduduk sekitar dan amat dialu-alukan oleh beberapa orang yang memanggil2 kami.Seterusnya membuat sedikit penurunan melalui wadi untuk memasuki laluan sebenar untuk ke beberapa black top dibelakang perkampungan tersebut.
Kayuhan agak lancar kerana sahabat kita sudah ada pengalaman menunggang basikal MTB jadi tak banyak masalah dalam mengendalikan basikal dan hanya stamina sahaja yang perlu ditambah.
Gambar sekitar trail...


Seterusnya membuat uphill dan downhill yang pertama dan trek kali ini lebih mencabar kerana banyak jalan2 yang kami lalui terhakis akibat hujan yang lebat sebelum ini.Lebih banyak batu2 kecil yang berada diatas laluan utama akibat hakisan air yang melalui sepanjang trail dan perlu lebih berhati2 dalam mengendalikan basikal.




Kemudian kami terus membuat kayuhan menaiki satu banjaran yang memang popular sebagai satu banjaran mendatar yang terpanjang.Disinilah banyak masa dihabiskan dengan berborak dan menikmati pemandangan dari atas puncak yang menarik sekali.Kehijauan tumbuhan terserlah dalam musim dingin ini dan banyak kambing2 penduduk tempatan berkeliaran.



Menanti kehadiran lebih ramai lagi rider kita disini nanti,bagi memeriahkan dunia MTB yang semakin mendapat tempat rakyat Malaysia amnya.
Kemudian kami menyusuri downhill banjaran ini yang mencabar dan tidak dapat membuat aksi sebelum ini kerana keaadaan jalan yang berlubang lubang dan banyak yang mengambil keputusan untuk menuntun basikal sahaja.
Selepas melaluli beberapa pendakian lagi kami seterusnya telah diuji lagi dengan membuat laluan wadi crossing yang sememangnya boleh berbasikal sebelum ini tetapi akibat aliran arus air yang kuat hanya tinggal bongkah2 batu dan terpaksa kami berjalan sahaja dalam jarak yang agak jauh juga sebelum bertemu kembali laluan biasa.




 Pitt stop terakhir sebelum kayuhan pulang...

Walaupun masih malu2 lagi rider baru kita tetapi semangat kayuhan itu penting..Sedang menikmati pemandangan dari atas banjaran...
Syabas sekali lagi diucapkan kerana berjaya menghabiskan kayuhan bagi sessi pengenalan ini.Mungkin ada lagi kita jangka rider2 baru rakan pejabat beliau yang akan turut serta.Inilah masanya jika bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia MTB kerana faktor cuaca yang begitu baik tak panas berdentum sebelum ini dimana hanya rider tegar sahaja yang sanggup menggalas cabaran..
See you next trail.Ride to see the nature...

No comments:

Post a Comment