Welcome

Friday, November 18, 2011

Welcome Newbie 5

Kelab berbasikal MTB kami kini telah menerima seorang lagi ahli baru iaitu saudara Saiful kita yang bertugas dengan salah satu Operator Telekomunikasi disini.Sepanjang cuti Eid yang lepas beliau telah mula membuat kayuhan sulung bersama rakan2 disini yang tak pulang ketanah air.Syabas diucapkan kerana berani menyahut cabaran ini dan sama2 kita memeriahkan dunia berbasikal di perantauan...
Trail yang dipilih kali ini berdekatan dengan New Highway antara Bowshar dan Amerat dan telah beberapa kali kami berkayuh disini.Trail ini lebih dikenali sebagai trail tiga serangkai dikalangan rakan2 kerana terdapat 3 pendakian yang agak mencabar kerana kayuhan yang agak panjang sebelum sampai kekemuncak setiap bukit...Semasa kami hendak melalui satu lagi downhill yang terakhir kami telah dikejutkan oleh seorang Badwi yang tidak membenarkan kami melalui laluan tersebut.Rupa2nya keluarga beliau sedang berada dikawasan tersebut mengembala sekawan kambing dan takut mereka tidak memakai hijab.Maka terpaksalah kami melalui jalan baru yang agak berbatu kerana tiada siapa yang melalui jalan tersebut dengan kenderaan sebelum ini.
Gambar sekitar trail...
 




Dengan kehadiran hujan yang agak kerap sebelum Eid Adha dan perubahan cuaca yang agak baik jelas kelihatan tumbuhan semakin menghijau menambah menarik pemandangan sekarang ini.

Lagi gambar sekitar kayuhan bersama rakan baru kita...



 Syabas sekali lagi kepada saudara Saiful kita.Welcome to Malaysians Cyclist in Oman.
See you next trail.Ride to see the nature




No comments:

Post a Comment