Welcome

Friday, December 9, 2011

Wadi Lahloo

Pertama sekali ucapan terimakasih saya kepada pengunjung setia blog ini setiap kali ada update ride yang terbaru.Dua atau tiga juga aktiviti yang tak dimasukkan dalam blog kerana malas hahaha...satu penyakit yang sangat susah juga seperti mana rider2 semua yang berhajat nak menang dalam setiap jamboree yang disertai tapi semangat malas nak training lebih kuat hehehee....
Kayuhan kali ini adalah kedua kalinya disini bagi diri aku iaitu pertengahan tahun ini dimana suasana dan ketika yang berlainan.Pada kayuhan pertama dulu dibawah bahang panas melebihi 40 darjah dan kali ini pula pada suhu  lebih kurang 17 darjah celcius.....Inilah kelebihan berkayuh disini satu ketika berkayuh dalam oven dan satu ketika berkayuh seperti dalam pejabat berhawa dingin....
Trail yang dilalui adalah seperti gambar diatas dimana jalan utama penduduk dikawasan pedalaman kampung ini...Ini sebenarnya adalah merupakan laluan air jika berlaku hujan yang lebat dan sudah tentu jalannya sentiasa perlu diperbaiki....Penggunaan MTB FS paling sesuai melayan trail ini kerana dapat menyerap segala getaran2 batuan yang tak rata seperti bekas laluan jentera pengorek dengan tayar lipannya.
Walaupun nampak mudah tetapi banyak kawasan yang berpasir halus menyebabkan kita tersekat dan penggunaan gear yang sesuai perlu supaya kita dapat keluar dari trap ini.
Layan dahulu gambar sekitar trail...



Kayuhan dalam musim dingin ini terasa amat sukar berpeluh kadang2 terpaksa kita meningkatkan kelajuan supaya lebih tenaga bekerja tapi dengan suasana trek yang melompat2 sukar juga kita mencapainya.Lagi laju kita mengayuh lagi bergegarlah satu badan hehehe...Trek ini lebih kurang trek Wadi Mayh tetapi disini  kurang pencemaran habuk kerana penduduk yang tak ramai lagipun sejuk2 begini orang masih lagi dalam selimut.

Pada penghujung trail ini terdapat satu pendakian yang agak tinggi untuk kami membuat loop kembali ke permulaan kayuhan.Selepas itu sudah tentulah akan melayan downhill yang agak curam dan panjang dan perlu lebih berhati2 demi keselamatan diri.Kami seterusnya melewati kawasan perkampungan yang taklah ramai sangat sambil melayan beberapa pendakian kecil sebelum bertemu dengan simpang tiga kelaluan asal.

Paling menarik perhatian ialah padang bolasepak disini rata2 diatas batu2 kecil..kalau terjatuh sendiri mau ingatlah.Tak dapat bayangkan dengan padang bola dinegara kita dan sepatutnya kita mampu mencapai peringkat Dunia...

Jangan cari pasal lawan bola dengan mereka,memang mempunya kemahiran menggelecek yang tinggi.Kalau futsal tu dah tentu kita kena titik...hehe
Kali ini hanya dua orang saja kami berkayuh member2 lain masih lagi makan angin kecuali saudara Azmi kita yang terseliuh jari kerana terjatuh dari basikal minggu lepas."No soft lending"....
Semoga beliau cepat sembuh dan kembali beraksi dalam kayuhan seterusnya.
See you next trail.Ride to see the nature.

3 comments:

  1. best le bro jelajah kat negara orang...terbaik!!!

    ReplyDelete
  2. kayuhan tu main bantai route nya ke atau memang membawa GPS untuk log track ?

    ReplyDelete
  3. Route tengok kawasan juga...ada setengah tempat boleh main bantai saja...bukit tak ada pokok sure tak sesat jalan..

    ReplyDelete