Welcome

Sunday, January 8, 2012

Home Town Ride

Bertemu kita lagi pada siri kayuhan kali ini bersama saya di tanahair pula bagi mengisi sedikit masa yang agak terluang.Jika tak ejas betul2 alamatnya tak sempatlah merasai kenikmatannya berkayuh dibumi sendiri.Penghargaan saya kepada sahabat2 dalam FB yang sedia untuk turun ke trail bagi menjalinkan ikatan ukhwah dimana sebelum ini hanya berkomunikasi secara alam maya kata orang.Terimakasih sekali lagi kepada sahabat2 yang terlibat.
Sepanjang percutian ini aku telah berjaya menghadirkan diri dalam 3 siri kayuhan dalam trail yang berlainan.Kayuhan pertama bertempat di Ladang Jati Perik,kedua bertempat di UPSI Rainforest Jamboree dan Ketiga Hosba trek.
Ladang Jati Perik
Ini adalah kayuhan yang telah diatur oleh sahabat saya sedara Ustaz Raja bersama dengan Team Gerek Baru Jitra.Kayuhan ini juga telah menemukan saya dengan sahabat blogger yang tak asing lagi sedara Saifuddin yang hanya berkomunikasi secara alam maya sebelum ini.
Sedikit gambar yang telah diuploadkan dari album sahabat saya ini untuk dikongsi bersama rakan2 mtb sekalian..Kredit to sedara Saifuddin kerana sudi berkongsi...





Pada sesi kayuhan ini juga sempat bertemu dengan seorang lagi blogger Adi Hariman yang singgah sekejap untuk bertemu dengan rakan2 GBJ yang baru saja selesai siri kayuhan kali ini.
UPSI Rainforest Jamboree
Ini adalah kayuhan yang telah diatur oleh sahabat saya iaitu sedara Azam Saari dari Team Ilmu Baru bertempat di Tanjung Malim Perak.Trail yang disajikan cukup menarik sekali dengan gabungan tarmac dan off road yang cukup menyiksakan kerana hujan yang lebat sebelum event telah menyebabkan trail begitu becak sekali.Climbing dan downhill yang cukup berbahaya dimana ramai rider yang tergolek dihadapan aku.Jadi aku mengambil langkah berhati2lah kerana nak mengejar kedudukan memang tak mampulah berlumba dengan remaja2 yang mempunyai kudrat yang masih kuat.Apa yang sekadar aku lakukan ialah berkayuh sambil mengukur tahap diri sendiri sahaja.Namun tak lah terkebelakang sangat ranking aku iaitu nombor 122 daripada 1200 penyertaan...hihihi...Kira oklah tu dan nasib baik penyakit baru aku iaitu krem tak datang secara mengejut seperti sebelum ini dalam Dirty Dozen race.....
Sedikit gambar sekitar UPSI Jamboree ehsan dari Cycling Malaysia.Terima kasih...









Satu event yang cukup menarik tak sempat snap gambar semasa cycling kerana terlalu focus kepada kayuhan hihihi..
Hosba Ride
Acara kayuhan terakhir bersama rakan2 tanahair.Dikelolakan oleh sedara Saifuddin kita bersama Ustaz Raja berjaya menarik seramai 22 orang rider kalau tak silap.Kayuhan ini juga telah bertemu dengan seorang lagi rakan blogger iaitu Suheilmy Mat Isa dari Kulim.Trail yang dipilih lebih kepada menguji skill rider dalam mengawal basikal kerana 70 peratus membuat downhill didalam kawasan kebun getah yang cukup menarik sekali.Keadaan trek yang kering amat baik dalam membuat downhill yang lebih kemas walaupun beberapa kali hampir tertungging juga aku dibuatnya kerana mengelak daripada pokok getah hihihi..Bagi rakan rider yang menggunakan jentera FS memang amat sesuai sekali dalam melayan ayunan teres kebun getah ini.Bagi jentera hardtail pula terpaksalah aku melayan hentakan keras setiap kali membuat penurunan hinggakan tertanggal QR belakang pada downhill yang terakhir.Nasib baik tak berlaku sesuatu yang tak di ingini.
Layan dulu beberapa foto terbaik dari trek....














Secara keseluruhannya memang enjoy berkayuh di tanahair sendiri dengan kehadiran ramai sekali rider dalam setiap kayuhan.Semoga sukan ini terus terus berkembang dan bukan hanya datang bermusim kerana selain beriadah ia juga merupakan salah satu aktiviti yang menyihatkan badan.Terimakasih sekali lagi kepada kawan2 FB yang sudi mengatur program ini secara sukarela dan IsyaAllah kita akan bertemu lagi dalam siri kayuhan seterusnya.
See you next trail.Ride to see the nature.

No comments:

Post a Comment