Welcome

Friday, January 20, 2012

Wadi Lahloo 2

Kayuhan kedua selepas pulang dari bercuti ditanahair.Kali ini kami memilih lokasi Wadi Lahloo kerana terdapat antara rider kami disini yang belum pernah merasai trail ini.Keseluruhan trail adalah mendatar dan hanya terdapat satu pendakian yang agak mencabar sedikit kudrat anda.Jika cukup latihan dan stamina tak menjadi masalah.

Seramai 6 rider mengambil bahagian hari ini dan kebanyakannya berehat panjang dengan tugas masing2 yang menghalang aktiviti berbasikal semasa ketiadaan aku disini.Trail yang dilaluli lebih kurang dengan trail Wadi Mayh tetapi disini lebih baik sedikit kerana kurangnya kenderaan penduduk sekitar yang lalu lalang dimana jalannya yang kering dan sudah tentulah berabuk.
Layan gambar yang sempat diambil sepanjang trail...









Bergambar dari puncak yang tertinggi..Walau bagaimanapun trail kali ini lebih baik dimana permukaan jalannya telah rata tidak seperti kayuhan kami terdahulu dimana banyak dipenuhi dengan batu2 akibat dari hakisan air.Downhill yang panjang dari bukit ini pun menjadi lebih menarik dan seterusnya melalui kawasan penduduk sekitar dengan keadaan trail seperti roller coaster  cukup menyeronokkan....


Cuaca masih lagi dingin tetapi dengan kehadiran cahaya matahari yang kuat rasa2nya mungkin tak bertahan lama.Siang hari sudah menunjukkan tanda2 panjang dimana akan berlaku perubahan cuaca yang ketara selepas ini.
Kehadiran musim sejuk dirasakan begitu cepat sekali akan berlalu jadi sebagai pengayuh tegar tiada halangan dalam sebarang keadaan hehehe..
See you next trail.Ride to see the nature.

No comments:

Post a Comment