Welcome

Monday, January 30, 2012

Fun Ride At Jebel Sifah 2012

Kali ini bertempat di Assifah Villages, Muscat Cycling Club telah menganjurkan event yang boleh dikatakan menjadi satu acara tahunan disini. Lebih dari 30 family mengambil bahagian dimana terdapat sebuah hotel disini yang memberikan pakej istimewa untuk aktiviti kami.
Pihak hotel juga dalam proses mempromosikan aktiviti berbasikal kepada pengunjung yang menginap di hotel ini sebagai salah satu aktiviti riadah.Jadi mereka telah menjemput wartawan dari salah satu akhbar tempatan bagi mempromosikan aktiviti ini.Berita lanjut boleh layari link dibawah
http://main.omanobserver.om/node/81181
Peserta yang mengambil bahagian diberi pilihan samada datang dengan kereta ataupun bot dan bertolak dari Bandar Rowda Marina.
Seperti biasa ia adalah gabungan antara kayuhan mountain bike dan road bike dimana rakan road bike bermula kayuhan dari Bandar Rowda untuk kesini yang melalui kawasan berbukit yang memang menguji ketahanan.Tak sempat bertemu dengan mereka kerana aku hanya mengambil bahagian pada hari perasmian acara ini sahaja.
Gambar sekitar majlis perasmian mendapat sokongan dari pihak pengurusan hotel.





Gambar sekitar kayuhan road bike dari Bandar Rowda.

Bagi kayuhan mountain bike kami bermula dari hotel tersebut melalui penempatan penduduk bersekitar dan melalui wadi yang berdekatan sejauh 25 km sahaja.Melalui jalan tarmac sejauh 3km kemudian melalui jalan off road dan kemudian membuat beberapa crossing wadi yang kontang.Melalui beberapa pendakian kecil secara turun naik di keseluruhan trail.Seterusnya membuat satu loop kecil berdekatan perkampungan nelayan di sepanjang pantai dalam kayuhan pulang.
Lagi gambar sekitar trail dibawah









Gambar sekitar hari kedua



Pada event kali ini terasa lebih meriah kerana lebih ramai penyertaan dan terdapat penginapan sepanjang aktiviti.Family ride juga mendapat sambutan menggalakkan dari peserta.Tinggal lagi tak terdapat penyertaan dari penduduk tempatan dan mungkin baru bagi mereka dan mungkin dilain masa.
See you next trail.Ride to see the nature.

No comments:

Post a Comment