Welcome

Monday, April 9, 2012

Al Khod 3 Ride

Kayuhan kali ini kami telah mencuba laluan baru yang telah diusahakan oleh Bob dan isterinya.Amat sukar juga usaha beliau untuk membersihkan satu laluan baru yang berbatu kerikil tajam bagi mendapatkan satu loop yang baik.
Dari atas puncak kami melalui laluan single trek ini yang agak mencabar supaya tidak tersilap langkah dimana anda akan terjatuh diatas batuan2 yang agak tajam dimana ada juga rider yang terbabas akibat spd tak sempat ditanggal.Ada juga yang memilih langkah selamat dengan tidak berkayuh dan menuntun basikal sahaja.
Gambar sekitar trail...




Membuat wadi crossing yang masih lagi tinggal sisa2 air yang akan lenyap dalam beberapa bulan lagi akibat perubahan musim dimana bahang panas sudah semakin terasa.Kayuhan ini juga disertai pengayuh cilik iaitu anak kepada chief kami dalam proses pembelajaran dan mungkin beberapa tahun akan datang menjadi pengayuh yang terbaik.








 Membuat crossing kawasan penduduk tempatan dan seterusnya ke pitt stop dengan membuat satu climbing yang agak tinggi dari laluan berlainan untuk mendapatkan satu loop baru yang terbaik..
Struktur batu yang terhakis akibat hakisan air suatu masa lampau yang membentuk seperti pandangan hadapan sebuah kapal amat menarik sekali alam semulajadi.
See you next trail.Ride to see the nature.

No comments:

Post a Comment