Welcome

Monday, April 16, 2012

Al Nahda 2 Ride.

Kayuhan mingguan ini disertai seramai 12 rider dan jarak kayuhan sepanjang 26 km sahaja tetapi terasa berkilo2 dibuatnya.Cuaca sudah semakin meningkat suhunya dimana paling tinggi lebih kurang 40 degree Celsius yang sempat dilihatlah dan mungkin lebih sedikit dikawasan lereng bukit.
Kalau dilihat kepada rimbunan pokok pun sudah bertukar warna menjadi kekuningan ini akan berlanjutan sehingga bulan October nanti.Walau bagaimanapun aktiviti berbasikal tetap diteruskan selagi ada ramai pengayuh tegar yang ingin berkayuh.
Trail kali ini adalah antara trail utama dalam catatan kayuhan mingguan dimana lebih bayak berkayuh dilaluan yang landai pada awalnya sebelum memasuki kawasan berbukit.Tetapi struktur batuan yang menghidangkan gegaran seluruh badan menyebabkan badan terasa letih dan rider perlu banyak meminum air untuk mengelakkan dehydration.
Gambar sekitar kayuhan...









 Selepas pitt stopp yang pertama ini dua rider telah mengundur diri akibat keletihan yang melampau mungkin tidak cukup stamina untuk meneruskan kayuhan.Tidak hairanlah masing2 mencari kawasan yang redup untuk berehat.Tiupan angin yang datang bercampur campur panas dan sejuk dimana kawasan yang agak terbuka lebih banyak angin sejuk dan dikawasan lereng bukit lebih banyak angin panas.
Kayuhan diteruskan dengan membuat beberapa pendakian bukit2 disini dan membuat wadi crossing yang merintangi laluan.
Seterusnya kami menempuh beberapa perkampungan penduduk tempatan dimana banyak kambing2 yang berkeliaran sebagai binatang ternak utama.
Lagi gambar sebelum membuat kayuhan pulang..








Berpisah dengan kumpulan setelah mereka mengambil laluan yang berbeza semasa melintasi wadi kontang.Kami menunggu sehingga mereka mendapatkan laluan yang lebih rendah untuk melintasi wadi ini.

Kambing yang berbulu lebat ini telah digunting oleh tuannya,nampak macam induk utama dan harganya mencecah ribuan disini.
See you next trail.Ride to see the nature.

No comments:

Post a Comment