Welcome

Friday, April 20, 2012

Welcome Newbie 7.

Kelab RORC Oman menerima seorang lagi ahli baru kita iaitu sedara Nazri.Kata orang patah tumbuh hilang berganti dimana ahli2 kelab yang lama ada yang telah kembali ketanah air juga aku sendiri sedang dalam persiapan untuk menyerah tugas kepada rider tegar yang tinggal disini untuk terus berkayuh bersama semangat Malaysia Boleh walaupun dimana sahaja berada...
Sebelum sessi perkayuhan diadakan sidang akhbar penyerahan basikal secara rasmi kepada newbie kita dimana basikal yang telah banyak berjasa kepada aku disini telah dijual secara rasmi kepada beliau.Semoga semangat berkayuh terus berkobar dan jangan gantung beskal pula hehehe..
Aktiviti kayuhan hanyalah disekitar trail MTB Race track dimana sesuai untuk proses bimbingan kepada newbie dalam pengenalan kepada keadaan trail yang lain dari yang lain dan penggunaan gear yang betul sebelum pergi kepada trail yang lebih mencabar.
Gambar sekitar kayuhan...







Newbie kami berjaya membuat downhill walaupun baru first time mencuba...
Cuaca yang hujan sebelum ini memberikan sedikit kelegaan kerana tak terasa terlampau panas sangat pada kayuhan ini..Batu batu kristal jelas keputihan selepas disirami air hujan dan begitu menarik sekali dilihat.Jika ditanah air sudah tentu habis diangkut dengan lori sebagai hiasan dirumah...





Lagi gambar sekitar trail...




 Zul sedang menguji jentera TREK yang baru dipasang groupset XTR 2012...mantappp...

Bersama jentera baru ...mantap...
See you next trail.Ride to see the nature.

No comments:

Post a Comment