Welcome

Monday, October 31, 2011

Dirty Dozen 1st Race

Ini merupakan pusingan pertama perlumbaan ini dimulakan bagi melengkapi 12 race keseluruhannya.Jumlah kehadiran pelumba juga menggalakkan dengan kehadiran melebihi 40 orang dan diwakili pelumba tempatan seramai 4 orang.Ramai lagi yang tak dapat menghadirkan diri dengan urusan masing2 namun susana tetap meriah walaupun tiada ganjaran yang besar ditawarkan.Pada awalnya aku hanya ingin hadir sebagai pemerhati sahaja kerana tak cukup stamina untuk bersaing dengan peserta2 yang kebanyakannya menjadikan sukan berbasikal sejak dari usia muda lagi....

Perlumbaan ini adalah sebanyak lima pusingan semuanya dengan jarak satu pusingan sejauh 5 Km...Laluanya boleh tahan jugalah dengan beberapa kawasan yang berbatu kecil iaitu melintasi wadi dimana skil amat diperlukan dalam menukar gear secara pantas supaya tidak tersangkut dalam trail tersebut...Seterusnya membuat pendakian sebuah bukit kecil dan kebanyakan rider boleh melepasinya..Sedikit downhill yang agak berselekoh dan mesti berhati hati kerana laluan yang agak sempit dan jika terbabas pasti tayar bergolek diatas ketulan2 batu yang agak besar.
Kemudian peserta akan melakukan sekali lagi uphill, disini akan melalui satu lorong yang agak sempit hanya muat untuk seorang rider sahaja dalam satu masa dan tempat inilah yang akan berlaku traffic jam seawal pusingan pertama.Laluan lain lebih kurang agak mendatar tapi disebabkan struktur berbatu sepanjang trail menyebabkan badan terasa menggeletar... jika kelajuan tinggi maka lebih tinggilah gegarannya. hehee...
Sebelum membuat kayuhan kegarisan penamat sekali lagi akan melakukan downhill yang agak menarik walaupun tidaklah selancar seperti off road biasa...
Gambar sekitar hari perlumbaan...



 Geng kita masih lagi tak berani nak mencuba..cukup sebagai pemerhati...mungkin next round kena paksa turun juga untuk memeriahkan suasana saja..kalah menang bukan tujuan utama...

Semasa perlumbaan tak sempatlah aku nak merakamkan gambar perlumbaan,masing2 bergelut nak menghabiskan setiap pusingan sahaja...hehehe..dan pada pusingan ke3 sudah ada peserta yang memintas aku sebanyak 4 orang semuanya...kira memang lajulah...seawal perlumbaan sudahpun memecut..


Orang sudah line up sempat lagi aku merakamkan gambar..Perlumbaan seterusnya akan dijalankan disini juga dan mungkin sebanyak 6 pusingan pula...lagi mencabar nampaknya.Keputusan rasmi masih belum dikeluarkan oleh penganjur tetapi kira oklah aku tak berada dikelompok terakhir itupun sebab mereka sudah agak berumur dari aku...kalau muda lain jadinya hahahaha..
See you next trail.Ride to see the nature.

No comments:

Post a Comment