Welcome

Tuesday, May 24, 2011

Al Jifnain Ride

Seramai 9 rider tegar mengambil bahagian dalam kayuhan kali ini.Jarak keseluruhan mencapai 25km sahaja melalui wadi dan sedikit kawasan perumahan.
Kali ini tiada kehadiran rider wanita maka kayuhan boleh dikatakan laju sedikit juga tidak banyak climbing.Walau bagaimanapun laluan yang berpasir sentiasa memberikan cabaran kerana memerlukan daya tahan yang kuat untuk berkayuh.
Gambar2 sekitar trail..
Pembangunan kini dimana2...banyak juga trail yang kami lalui pada hari ini adalah jalan baru menurut Bob yang mengetuai kayuhan ini.Gambar dibawah menunjukkan ada juga bantahan daripada penduduk setempat terhadap pengondolan kawasan bukit bagi tujuan perlombongan...hehehe
Sebahagian lori2 sedang menanti giliran.....

Pada trip kali ini hanya seorang rider mengalami flat tire..beliau juga terjatuh dan mengalami luka2 kecil ketika mengelak dari melanggar dahan pokok yang berduri yang menjadi ancaman utama kepada rider hehehee..
See you next trail.Ride to see the nature.

No comments:

Post a Comment