Welcome

Friday, May 13, 2011

Qantab Ride

Akibat perubahan cuaca panas seminggu juga aku tak kayuh kerana demam selsema.Tapi kalau nak tunggu sampai cuaca sejuk jawabnya lagi 5 bulan lah tak kayuh basikal...Kayuhan kali ini menyusur dari Qantab Beach menghala ke Yiti road.Agak lama juga ku tak ride disini kerana asyik layan off road.
Kayuhan kali ini hanya aku dan Cik Zul saja dan merupakan kali pertama beliau melayan trail ini walaupun tarmac tetapi terdapat juga climbing yang mampu menguji stamina...
Pokok2 yang suatu masa dulu kehijauan kini tinggal dahan2 dan duri saja...nampak sangat bertapa panasnya perubahan cuaca sekarang.Walau bagaimanapun pokok2 tersebut tidak mati dan akan kembali segar bila tiba musim sejuk nanti..Tanda kebesaran Allah..
Gambar sekitar trail...
Tak puas jika asyik layan tarmac jadi kami menyusuri tapak projek yang terbengkalai akibat kegawatan ekonomi tahun lalu...Layan off road sepanjang pantai yang ditimbus....
Mancing pantai best tempat nie...mungkin akan cuba satu masa nanti..hehe..Tengok memang ada kaki mancing dok layan..rasanya2 banyak kerapu kawasan nie kerana dasar laut biasanya berbatu karang.Nanti kita bincang bab mancing pulak hahaha...
See your next trail.Ride to see the nature.




No comments:

Post a Comment