Welcome

Saturday, May 21, 2011

Sayh Hatat Ride

Seperti biasa kayuhan pada awal pagi hujung minggu untuk mengelakkan bahang panas matahari.Cuaca menjadi masalah utama pada masa musim panas ini.Kadang kala sedikit berangin dan sesuai untuk aktiviti luar jika tidak bertapa dalam rumahlah..Jam 6.00am kami sudah berada di trail nie..tinggal aku dengan Zul melayan off road dan trail yang dilalui main redah saja.hehehe..
Kemungkinan Malaysian rider akan bertambah bila tiba musim sejuk nanti daripada sumber2 tak rasmi..Kebanyakannya berkeluarga biasalah family first dan juga cuaca sekarang tidak sesuai sangat untuk pendatang baru.Bagi mereka yang punyai daya ketahanan yang kuat tak jadi masalah.
Gambar2 sekitar trail..
Melihat kepada keunikan struktur batuan ini amat mengkagumkan aku..seolah2 seperti timbunan kayu reput...tetapi ternyata keras dan sukar dipecahkan...Kayuhan disini jangan bimbang  anda akan sesat kerana trailnya seluas mata memandang lainlah jika matahari terbenam hehhe...

Penggunaan jentera baru teruji disini dengan Focus FS aku...mantooopppp sekali.....Hardtail mungkin akan lebih banyak untuk layan tarmac dengan sedikit upgrade untuk mengurangkan berat ...baru best sikit....
Bergambar dihadapan sebuah banglo milik penduduk tempatan..Bentuk kotak memang merupakan ciri2 binaan tempatan.Di Malaysia jika binaan sebegini alamatnya jadi kolam renang diatas bumbung hehehe...hujan yang begitu lebat dan kerap berlaku..
Pembangunan juga semakin pesat berlaku banyak juga trail2 yang sebelum ini bebas bergerak sekarang di halangi dengan binaan-binaan.Hukum alam..Jika keadaan mengizinkan kami akan kembali lagi menguji kawasan ini seterusnya untuk mendapatkan satu loop yang benar2 menarik.
See you next trail.Ride to see the nature.

No comments:

Post a Comment