Welcome

Monday, May 16, 2011

Wadi Lelluuh Ride

Kayuhan kali ini benar2 didalam bahang kepanasan yang agak melampau.Walau bagaimanapun apabila ramai rider yang menyahut cabaran maka kami teruskan juga seperti yang dirancang.
Suhu paling tinggi ialah pada 114 F bersamaan dengan 46 darjah celcius...wow berasap kepala hahaha...aku rasa mungkin aktiviti berbasikal ini akan tertangguh buat sementara waktu kerana bimbang panas yang melampau akan mengundang masalah lain.
Kayuhan kali ini juga turut disertai beberapa rakan baru tapi memang berpengalaman berkayuh di negara mereka jadi tidak menjadi suatu masalah.Juga kayuhan ini telah didominasi rider dari France tak kurang dari 5 orang menyebabkan kami berpecah kepada dua group kecil iaitu strong rider dan normal rider.
Gambar sekitar trail...
Trail ini merupakan satu laluan air apabila hujan turun dan juga merupakan laluan utama bagi penduduk di kawasan pedalaman..Mungkin telah wujud sejak turun temurun..Sepanjang laluan memang terasa seperti kayuhan melintasi bahang api panas dikiri dan kanan.Keadaan inilah yang menyebabkan rider berpecah untuk kehadapan terlebih dahulu mencari tempat berteduh sementara menunggu rider dibelakang...
Berada dikemuncak yang tertinggi sementara menunggu group kedua...
Selepas regroup kayuhan downhill yang memang menarik kerana suhu juga semakin berkurangan..
Inilah kali pertama aku rasa kayuhan paling kurang pitt stop hahahaha..masing2 terus memecut semasa kayuhan pulang.Air dalam bagpack aku 2 liter habis termasuk sebotol pada basikal..peluh bagai mandi kata orang.Jika siapa2 yang nak bakar lemak dengan kadar yang segera boleh cuba berkayuh disini hehehe...
See you next trail.Ride to see the nature.

No comments:

Post a Comment