Welcome

Saturday, May 28, 2011

Sayh Hatat Ride 2.

Kami buat keputusan kembali ke trail ini kerana belum puas menikmati keindahan kawasannya.Banyak tempat yang tidak sempat kami lalui semasa kunjungan pertama lalu.Tujuan kayuhan ini juga untuk merekodkan trail yang dialui sebagai panduan dimasa2 akan datang.
Menikmati matahari terbit ketika ramai sedang dibuai mimpi...Kayuhan masih didalam bahang panas walaupun seawal pagi disini.
Gambar2 sekitar trail....
Proses penandakan kawasan hehehe...Kayuhan kami akhirnya melintasi satu banjaran yang mendatar memang menarik sekali seolah2 seperti padang ..
Keajaiban ciptaan Allah...amat menarik sekali kawasan ini...kombinasi gunung ganang yang tiada berpokok seperti di Malaysia.
Berposing diatas bongkah batu yang berwarna hijau....lain dari yang lain..
Sungai/wadi yang kering kontang dan sukar untuk berkayuh dilaluannya tapi merupakan laluan utama bagi penternak kambing dan unta
Gambar atas..peminat setia jika berkayuh disini ..mungkin terhidu air dalam bagpack tu hehehe...so far taklah ada yang kena sengat lagi...
Keseluruhan trail amat menarik sekali dan loop yang dibuat tidaklah berapa jauh sangat jaraknya lebih kurang 15km sahaja.Banyak lagi tempat yang tak sempat di lalui memandangkan bahang semakin terasa.
See you next trail.Ride to see the nature.

1 comment: