Welcome

Sunday, May 8, 2011

Al Hajr Ride

Seperti biasa jam 2.30pm kami akan berkumpul ditempat check point sebelum aktiviti kayuhan bermula jam 3.00 pm.Kayuhan kali ini disertai oleh rider seramai 17 orang dan terdapat juga muka baru dan muka lama kembali beraksi.

Kayuhan kali ini juga dikemudikan oleh Bob walaupun dah agak veteran tetapi masih kuat stamina beliau.Sebelum kayuhan bermula ada juga rider yang mengalami kerosakan teknikal pada basikal dan ini melambatkan permulaan dan kena tajilah dengan kami punya kapten harinie hehe..next time check your machine before come to ride..haha.
Gambar sekitar trail kami...

Gambar dibawah peserta baru dari seberang terpaksa berpatah balik kerana mungkin tak cukup stamina lagi seperti pertama kali aku join club dulu la..kayuh off road atas permukaan batu campur pasir nie tak sama macam kayuh tarmac.Tayar senang spin kerana kurang grip jadi kadang2 tu uphill tak boleh nak mendaki.
Beate antara muka lama yang selalu berkayuh tetapi akibat lama tidak beraksi juga terpaksa sekerat jalan.Kayuhan kali ini juga antara paling banyak pit stop hehehe...sambil melayan rider yang kepenatan juga masalah flat tire yang berlaku...

Gambar menceritakan segala2nya hahaha..nampak sangat rider2 yang otai boring jer akibat kayuhan masih belum mencapai tahap maksima hehehe...Apa yang penting kayuh kata orang, salah satu daripada aktiviti untuk mengeluarkan peluh dan baik untuk kesihatan juga.
See you next trail.Ride to see the nature.

No comments:

Post a Comment