Welcome

Saturday, October 8, 2011

Al Amerat 1 Ride

Alhamdulillah kayuhan kali ini menampilkan rakan newbie kita telah bersedia sepenuhnya untuk memeriahkan lagi aktiviti berbasikal disini.Kehadiran 3 rakan kita iaitu Nik,Najib dan Rafain dengan jentera masing2 akan tentu memeriahkan lagi suasana.Tahniah atas kesungguhan anda.
Trail yang dipilih adalah lebih lebar dan merupakan kayuhan kali kedua disini buat aku dan kali pertama buat rakan rider tanahair.Trail disini memang menarik kerana ia merupakan gabungan uphill dan downhill yang agak panjang menarik untuk gain stamina.Sengaja melengahkan trail ini kerana faktor cuaca yang agak panas sebelum ini dan sukar mencari tempat berehat semasa pitt stop.
Aksi sekitar trail..







Pokok2 liar dijadikan shade setiap kali kami berhenti melepaskan penat selepas climbing yang agak panjang.Seterusnya kami melalui sedikit kawasan wadi dimana struktur2 batu yang menyukarkan kayuhan seperti biasa dan perlu menggunakan sedikit kemahiran mengawal basikal jika ingin melepasinya.
Walaupun penat wajah keceriaan tergambar di wajah rakan kita kerana berjaya juga mengharungi rintangan dalam keadaan stamina yang dalam pembikinan..hehhehe
Dalam keseronokan melayan trail terpandang aku satu kubu bawah tanah milik sang tebuan disini..nasib baiklah sudah lama ditinggalkan mungkin semasa kerja2 pengambilan batu dilakukan bagi membina lebuh raya...Fuh mencabar jika masih aktif mahu tak cukup tanah kami memecut hehehe...
Pengulangan kayuhan mungkin akan dilakukan pada hujung minggu nanti atas permintaan rakan2 disini...mungkin misi membalas dendam kerana banyak yang terkandas dari segi catatan masa semasa proses pendakian..


Tahniah sekali lagi kepada rakan baru kita dalam dunia MTB ini....masih banyak trail yang menanti anda dan  diharap lebih ramai lagi penyertaan dari rakan kita yang berminat mencuba sambil mengisi masa lapang.
See you next trail.Ride to see the nature.

No comments:

Post a Comment