Welcome

Saturday, October 15, 2011

Qurum Beach Ride

Kayuhan bermula seawal pagi sebagai pemanas badan untuk kayuhan pagi keesokan harinya.Cuaca agak berangin dan sejuk setelah hujan yang datang secara tiba2 sehari sebelum setelah beberapa bulan tidak menjelma.Ini adalah perkara biasa disini dimana jika musim panas setitik hujan pun susah kelihatan hehehe..

Kayuhan bermula dari AlKhuwair iaitu aku bersama dengan Nik menyusuri tarmac dan melintasi laluan utama terus kekawasan pejabat2 kerajaan.Seterusnya menyusuri kawasan Diplomatic area iaitu terdapatnya pejabat konsul kedutaan negara2 asing termasuk France,India,Arab Saudi,USA dan beberapa negara lagi.
Dari sini kami membuat satu short cut untuk menyusuri laluan pejalan kaki sepanjang Qurum Beach ini dan regroup bersama tiga rakan lagi yang sedang menanti iatu Azmi,Rafain dan Najib.
Kami kemudiannya menyusuri laluan Cornish dan melalui Crown Plaza yang agak berbukit dan menguji kekuatan mental dan fizikal..


 Plan asal kayuhan adalah untuk menyusuri laluan PDO tetapi terpaksa dibatalkan kerana seorang sahabat kita kesihatan tak mengizinkan.Jadi kami membuat kayuhan mencari port untuk sarapan pagi hahaa.

WADI MAYH RIDE
Kayuhan ini adalah sehari selepas kayuhan pemanas badan di Qurum Beach dimana ahli MTB tegar disini yang mengambil bahagian dengan kehadiran semula isteri saudara Zul yang telah meninggalkan aktiviti ini buat seketika kerana hal2 keluarga.




Trail ini adalah laluan yang agak landai dan merupakan laluan utama penduduk kampung sekitar.Kayuhan adalah lebih kepada santai dan tidak memerlukan kemahiran atau skil hehehe...hanya stamina diperlukan.Kami menyusuri laluan ini dan membuat beberapa pitt stop untuk berhenti penat dan satu perkara yang paling kurang menyenangkan ialah jalannya yang berdebu.Apabila terdapat kenderaan yang lalu disini maka makan debulah geng2 kami tak upaya nak mengelak lagi.Kami menjangkakan trail ini ok setelah hujan yang turun sebelum ini rupa2nya meleset.
Kami singgah sebentar dikawasan penduduk disekitar wadi sambil melayan aktiviti bergambar beramai2.Salah satu acara tetap bila berkayuh nie.

Bergambar sebelum membuat kayuhan pulang.Rancangan asal untuk melihat wadi terpaksa dibatalkan kerana hujan yang tidak turun dikawasan ini berkemungkinan airnya masih lagi kurang.Mungkin selepas ini kami akan membuat kunjungan semula
See you next trail.Ride to see the nature

No comments:

Post a Comment