Welcome

Tuesday, October 18, 2011

Al Nahda Track 3 Ride

Setiap kali kayuhan sejak akhir2 ini semakin menggalakkan dengan kehadiran lebih ramai rider lagi.Kayuhan kali ini disertai lebih kurang 16 orang rider kesemuanya.Terdapat juga rider yang tidak dapat hadir kerana membuat persediaan untuk Triathlon pada keesokan harinya.
 Ini merupakan kali pertama aku mengayuh di trail ini dan sememangnya begitu teruja sekali dengan pemandangan yang begitu menarik dari puncak bukit2 kecil sepanjang trail.
Permulaan kayuhan kami melalui singgle track yang agak landai lebih kurang 5 km yang pertama hanya membuat crossing beberapa lintasan wadi.Sesetengah trail nampak agak becak kerana hujan yang lebat dalam beberapa hari sebelumnya tetapi taklah membuatkan rider berkeadaan kotor sebagaimana trail muddy di tanahair.Ini lebih memberikan keselesaan kepada rider kerana kurang berabuk setiap laluan sepanjang trail.
Pada pertengahan perjalanan barulah kami dihidangkan dengan aksi uphill dan downhill yang begitu menarik sekali dengan laluan yang berliku2.








Kemungkinan cuti hujung minggu ini aku akan bersama rider setia tanahair akan mencuba lagi trail ini dengan membuat satu loop yang kecil pada trail yang paling menarik.

See you next trail.Ride to see the nature.

No comments:

Post a Comment