Welcome

Friday, October 21, 2011

Al Rusayl Ride

Trail pada kayuhan kali ini adalah tidak dirancang seperti sebelum ini dimana kami ingin mencuba menjejaki trail baru.Keinginan untuk mencuba trail ini sudah lama dipendam memandangkan aku selalu melalui kawasan ini untuk urusan kerja.Juga terdapat masalah untuk mencari tempat yang sesuai untuk parking kereta memandangkan trail ini berdekatan dengan kem askar.Akhirnya kami meletakkan kenderaan di bahu jalan dimana terdapat satu jalan utama yang telah di tutup akibat pembinaan lebuhraya baru.
Dari jauh memang nampak begitu cantik sekali struktur bukit disini dimana seakan Grand Canyon kata orang.Kayuhan kami disini lebih kepada kayuh santai dan disamping itu untuk melihat keunikan bukit2 batu disini yang memang berbeza sekali dengan tempat2 yang kami kunjungi.Jadi banyaklah aksi2 bergambar sebagai kenangan selagi berada di perantauan hehehe...





Pemandangan sebegini selalunya kita melihat dalam cerita koboi yang begitu terkenal semasa zaman sekolah dulu tinggal kuda saja yang tak ada hehee..



Trail yang dilalui ini tidaklah berapa mencabar sangat kerana permukaan buminya yang agak mendatar akibat kerja2 pengambilan tanah disini bagi pembinaan lebuhraya utama yang telah siap sepenuhnya.Terdapat sedikit uphill dan downhill bolehlah sebagai selingan dalam kayuhan ini.Trail ini sebenarnya hanyalah satu lembah yang agak luas suatu ketika dulu dan kini telah direntangi dengan leburaya jadi kami terpaksa melalui terowang bagi menyeberangi jalan bagi mendapatkan satu loop yang lebih sempurna.

Terdapat sedikit kesukaran semasa kami melintasi terowong ini dalam keadaan bergelap kerana tak ada sesiapapun yang menyediakan lampu hehehe..meraba2 dalam gelaplah kami tapi alhamdulillah semuanya selamat.Satu masalah lagi timbul kerana dihujung terowong tersebut tiada jalan utama jadi kami terpaksa memikul basikal untuk naik kembali ke lebuhraya utama sebelum bertemu jalan yang menghubungi satu lagi terowong bagi melengkapi satu loop.
Misi seterusnya kami akan kesini lagi bagi mencari jalan keluar bagi mendapatkan trail yang lebih besar lagi loopnya tanpa perlu naik semula ke jalan utama iatu lebuhraya.
Pembangunan akan sentiasa membunuh keajaiban semulajadi tapi manusia perlukan pembangunan untuk kemudahan.Jadi semoga pembangunan yang seimbang dapat mengekalkan kecantikan alam semulajadi untuk tatapan generasi yang akan datang.
See you next rail.Ride to see the nature.

No comments:

Post a Comment