Welcome

Monday, October 10, 2011

Bowshar Ride

Sambutan semakin menggalakkan dari kalangan expatriate yang bekerja disini untuk sama2 berkayuh dalam arena MTB.Banyak juga siri2 kayuhan yang aku ketinggalan kerana sibuk dengan tugas yang tak menentu...Kayuhan sebelum ini mencecah seramai 25 orang semuanya dan teramai aku rasa selepas cuaca yang agak makin kurang bahang panasnya.
Tempat berkumpul kali ini ialah berhadapan dengan Muscat Private Hospital dan kawasan bersebelahan dengan tempat ini merupakan spot bagi penggemar sukan bermotor ATV..Seramai 18 rider yang mengambil bahagian dan seorang wakil wanita. Trail kali ini bermula dengan melewati kawasan penduduk tempatan disekitar kaki bukit latar belakang gambar diatas.Kawasan yang dilalui melalui kebun2 kurma dan merentasi celah2 rumah yang agak padat.Mungkin merupakan kawasan perkampungan yang agak terawal suatu ketika dulu.
Gambar atas menyaksikan ramai kawan2 memberikan perhatian kepada Tim(berbaju hitam) dengan basikal baru Lapierre Zesty yang baru berusia 4 jam sebelum kayuhan setelah menerima penghantaran dari UK.Tahniah...hehehe..beliau adalah rider yang paling aktif dengan aksi2 lompatan dan downhill...
Gambar sekitar trail...





Permulaan trail offroad adalah menarik sekali scenery yang begitu cantik berlatar belakangkan pekan Bowshar.Trail disini merupakan laluan bagi kambing2 peliharaan penduduk dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan walaupun 4WD...Climbing yang agak panjang dengan struktur batuan yang kurang kukuh amat menguji kemampuan untuk sampai kepuncak.Aksi downhill juga agak sukar kerana laluan yang dipenuhi dengan ketulan bongkah batu yang jika terlanggar boleh menyebabkan kita terbabas...
Kayuhan ini juga terdapat dua rider yang mengalami kebocoran pada tayar akibat tertusuk pokok berduri yang memang sinonim dengan trail disini, tanpa perlindungan dengan slime tentu lebih banyak lagi.
Laluan terakhir adalah melalui laluan sekitar pipe line dan melalui kem tentera yang berdekatan.

Keseluruhan jarak kayuhan lebih kurang 23Km dengan tujuh puluh peratus offroad dan sedikit tarmac.Cuaca yang semakin baik diharap pada sessi kayuhan seterusnya akan menghimpunkan lebih ramai rider lagi
See you next trail.Ride to see the nature.

No comments:

Post a Comment